PETALING JAYA: Amanah Johor menafikan dakwaan tindakan memboikot
konvensyen Pakatan Harapan semalam kerana rasa terhina dengan peruntukan
kerusi kepada mereka berbanding DAP dan PPBM.
Pengerusi Aminolhuda Hassan berkata boikot berujuan memberikan mesej
jelas kepada kepimpinan Amanah pusat dan Pakatan Harapan bahawa Amanah
Johor mempunyai pendirian tersendiri dalam isu tertentu.
Aminolhuda berkata mesej boikot itu ialah pembahagian kerusi perlu
menegakkan konsep keadilan dan kesamarataan, tetapi nampaknya tidak
berlaku.
“Kita korbankan satu-satunya kerusi Parlimen yang ada di Wilayah
Persekutuan untuk PPBM walaupun PKR ada lebih daripada 1 kerusi Parlimen
di sana.
“Dr Hatta Ramli meletakkan jawatan sebagai pengerusi Amanah Kuala
Lumpur kerana mengambil tanggungjawab atas kegagalannya memperoleh
walaupun 1 kerusi.
“Di Johor, DAP ambil alih Parlimen Ayer Hitam daripada Amanah hanya
kerana DAP perlu bertanding 1 kerusi lebih daripda julah kerusi yang
akan ditandingi MCA.
“Akhirnya Amanah hanya bertanding 2 kerusi di Johor. Pulai dan kerusi suram, Parit Sulong,” katanya.
Sebelum ini, Aminolhuda dilaporkan berkata Amanah Johor kecewa kerana
PH menolak permintaan untuk bertanding 5 kerusi Parlimen di negeri itu,
lalu memutuskan untuk memboikot konvensyen PH.
Aminolhuda berkata Amanah hanya dibenarkan bertanding 2 kerusi iaitu Parit Sulong dan Pulai.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah
mengumumkan PPBM akan bertanding di 52 kerusi Parlimen di Semenanjung
Malaysia, PKR (51 kerusi), DAP (35 kerusi) dan Amanah (27 kerusi).
Aminolhuda berkata seolah-olah hanya Amanah yang sanggup berkorban
untuk gabungan pembangkang tetapi parti komponen lain hanya memikirkan
kemahuan sendiri.
“Kita antara yang ke depan membentuk Pakatan Harapan menggantikan
Pakatan Rakyat. Kita juga menjadi tunggak PH di Johor, bahkan isytihar
Johor negeri barisan depan Amanah.
“Akhirnya kita korbankan hasrat kita dengan Johor jadi negeri barisan
depan PPBM dan cadangan awal PH menamakan Salahuddin Ayub (naib
presiden Amanah) sebagai pengerusi PH negeri diberi kepada Tan Sri
Muhyiddin Yasin (presiden PPBM),” katanya.
Beliau menambah pengorbanan itu dilakukan demi solidariti dan perpaduan gabungan pembangkang di Johor dan peringkat nasional.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
AMANAH johor jgn terlalu ghairah nak tunjuk 'pengorbanan diri'. Apa guna ada byk kerusi tp kalah. Utamakan taktikal bukan nafsu & ego.
BalasPadam