Dr Mahathir ragu PAS boleh bentuk kerajaan sendiri

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad berharap PAS tidak akan menjadi perosak dalam usaha barisan pembangkang untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dr Mahathir berkata beliau sedih melihat PAS tidak bekerjasama dengan gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan PPBM.

“Saya meragui PAS boleh membentuk kerajaan sendiri,” kata beliau dipetik akhbar The New Straits Times.

Beliau yang juga pengerusi PPBM berkata, dalam usaha mereka untuk menjadi penentu kemenangan, tidak sepatutnya menjadi perosak dengan memecah undi Melayu antara PH, Umno dan parti Islam.

“Ini hanya akan membolehkan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Umno untuk menang,” kata Dr Mahathir dalam ucapannya pada majlis jelajah raya Selamatkan Malaysia di Besut, Terengganu semalam.

Beliau mengingatkan PAS yang kali ini merupakan peluang terbaik untuk memenangi kerusi dengan menjalin kerjasama dengan blok pembangkang.

Dr Mahahir memberitahu PAS memenangi lebih banyak kerusi apabila berada dalam gabungan parti pembangkang pada pilihan raya umum 2013 berbanding ketika parti itu bersendirian dalam salah satu pilihan raya umum sebelumnya.

Pada PRU13, DAP memenangi 38 daripada 51 kerusi parlimen yang ditandingi, PKR 30 daripada 99 kerusi disaingi dan PAS pula mendapat 21 dari 73 kerusi diperuntukkan kepada parti itu.

Bekas perdana menteri itu yang mengetuai Umno dan BN selama 22 tahun berkata kemenangan besar lebih memihak BN jika berhadapan dengan persaingan 3 penjuru.

PAS berkata parti itu yakin mendapat sejumlah besar kerusi bukan sahaja di Terengganu yang diperintah BN tetapi juga di seluruh negara.

Parti Islam bertekad bertanding di 100 kerusi parlimen dengan memimpin gabungan Gagasan Sejahtera Rakyat dalam PRU14.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan