Sebahagian audio rakaman yang didakwa menjadi bukti pengakuan
kerjasama antara Umno dan Pas mula tersebar malam ini yang dikatakan
suara seorang AJK Pas Pusat.
Kewujudan audio ini mula didedahkan oleh Naib Presiden Amanah, Husam
Musa di Kota Bharu 18 Februari lepas apabila beliau mendakwa mempunyai
rakaman itu.
Audio dengan latar belakang pengakuan berdurasi 2.30 minit itu
tersebar mulanya dikesan dalam Facebook Ketua Amanah Marang, Miqdad
Zakaria itu kemudiannya telah dikesan disebarkan melalui media sosial
yang lain khasnya whatapps.
Video klip yang berasaskan audio itu bertajuk ‘Bukti Pas ambil duit
Umno’ itu memaparkan suara penjelasan seorang yang dikatakan AJK Pas
Pusat itu menjelaskan bagaimana ia bermula.
Ia dikatakan bermula apabila sesetengah pemimpin Pas tidak berpuashati dengan dakwaan pemimpin Pas yang lain menerima duit Umno.
Beliau bersama beberapa rakannya dikatakan menuntut penjelasan secara
tertutup daripada AJK PAS Pusat berkenaan dan sessi tersebut telah
dirakamkan audionya.
Sebelum ini, dalam ceramahnya di Kota Bharu, Husam Musa mendakwa
mempunyai bukti pengakuan ini dan pihak yang membuat pengakuan itu
meminta agar ia jangan disebarkan atau “akan disumpah menjadi abu.”
Ekoran itu, seorang ahli Pas di Kuala Terengganu telah membuat laporan polis mengenainya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan