KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah
mengambil tindakan saman terhadap mana-mana orang selama 22 tahun
memegang jawatan perdana menteri, dari 1981 hingga 2003.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa
prinsip beliau ialah seorang pemimpin akan menghadapi pelbagai tuduhan
daripada orang yang tidak menyukainya.
“Tanggungjawab saya pada masa itu adalah sebagai pemimpin dalam
kerajaan adalah untuk membuktikan kepada orang ramai tentang
perkhidmatan saya melalui tindakan betul dalam menerajui kerajaan.
“Respon saya pada setiap masa adalah untuk tidak ambil tindakan
undang-undang di mahkamah tetapi membuktikan kebenaran melalui kerja dan
tindak tanduk sebagai perdana menteri,” katanya dalam penyata saksi di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Dr Mahathir hadir memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman
anaknya, Datuk Seri Mukhriz terhadap bekas naib pengerusi DAP Tunku
Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung dakwaan pakatan sulit melibatkan
Mukhriz dan Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Dr Mahathir yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla
berkata demikian di dalam kandang saksi di depan Hakim Datuk Nordin
Hassan.
Defendan diwakili peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan tindakan saman oleh Mukhriz,
beliau berkata anaknya berhak mengambil tindakan undang-undang kerana
tiada cara lain mempertahankan dirinya daripada dakwaan yang mahu
“menghancurkan politiknya secara salah”.
“Mestilah Mukhriz ada hak untuk saman dalam hal macam ini. Fitnah ini
dibuat bukan pada masa Mukhriz menerajui kerajaan untuk membolehkan dia
menangkis tohmahan itu melalui perbuatan dan perkhidmatan semasa dalam
kerajaan,” katanya.
Mukhriz memfailkan saman pada Febuari 2017 dan mendakwa Tunku Aziz
pada 30 Disember 2016 mengeluarkan kenyataan “Memang Wujud Pakatan Sulit
antara Tun Mahathir dan Kit Siang” yang dilaporkan oleh sebuah blog.
Mukhriz berkata penafian terbuka dibuat pada Januari 2017, dan notis
tuntutan dikemukakan kepada Tunku Aziz meminta beliau membuktikan
kenyataannya atau berdepan tindakan undang-undang.
Namun beberapa hari kemudian Tunku Aziz menerbitkan atau menyebabkan
terbit satu lagi kenyataan “Tunku Abdul Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang
buat pengakuan bersumpah”.
Dr Mahathir memberitahu mahkamah bahawa 4 parti komponen PH bersetuju
untuk menamakan dirinya sebagai calon perdana menteri mereka di satu
konvensyen Januari tahun ini.
“Di manakah asasnya defendan dalam kenyataan bertarikh 30 Disember
2016 dan 3 Januari 2017 yang kononnya memperolehi maklumat daripada
sumber-sumber kononnya boleh dipercayai…bahawa Mukhriz akan diangkat
sebagai perdana menteri dan Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana
menteri melalui ‘perjanjian rahsia’ atau ‘pakatan sulit’ diantara saya
dengan Lim Kit Siang,” katanya.
PH menggandingkan Dr Mahathir dengan Presiden PRK Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail, isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon pertama
gabungan itu sebagai perdana menteri.
Mahkamah akan bersambung dengan meneruskan sesi soal balas terhadap Tunku Abdul Aziz pada Khamis ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan