Sogok Dedak: Bersatu dedah identiti pengadu, suspek dan notis 7 hari SPRM perlu jawab

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memajukan Notis Pemberitahuan akhir kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkembangan tangkapan, siasatan atau dakwaan terhadap suspek dalam Operasi Banteras Dedak parti itu.

Peguam yang mewakili Bersatu Mohd Haniff Khatri Abdullah menjelaskan, notis akhir tempoh tujuh hari itu dihantar kerana kegagalan SPRM memberikan sebarang kenyataan dari masa ke semasa secara rasmi berhubung operasi dedak pada 5 Februari lalu dan kegagalan melakukan perkara sama setelah diberi tempoh 48 jam kepada SPRM pada 8 Februari.

Katanya, Notis Akhir yang berkuat kuasa hari ini sehingga 2 Mac depan untuk SPRM memberikan maklum balas secara rasmi kepada Bersatu mengenai sebarang hasil siasatan, dakwaan,reman yang pernah diambil tindakan terhadap suspek yang dipercayai wanita di dalam kes ini.

“Kami beri tempoh tujuh hari kepada SPRM untuk beri maklum balas kepada pengadu dan orang awam tentang kedudukan kes.

“Jika mereka gagal maka segala tindakan yang dibenarkan di sisi undang-undang akan diambil oleh pengadu dan/atau PPBM termasuk tidak terhad kepada salah laku jawatan terhadap semua pegawai dan anggota SPRM yang terlibat dalam kes ini.

“Saya harap Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Zulkifli Ahmad perlu mengambil serius perkara ini.
“Saya rasa bukan sahaja PPBM bahkan orang awam sudah jemu dengan omongan kosong isu rasuah oleh pihak berkuasa,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan hari ini di Ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Beliau turut mendedahkan identiti pengadu iaitu ahli biasa seumur hidup parti yang dilantik sebagai Ketua Penaja Srikandi Perlis  dipercayai telah cuba disuap oleh suspek untuk hadir dalam demontrasi yang diadakan pada 5 Februari lalu di ibu pejabat Ros di Putrajaya.

“Pengadu diminta hadir pada sidang media di hadapan bangunan RoS. Jadi apakah pada sidang akhbar diadakan oleh dua individu itu, juga  menerima suapan.

“Katanya, suspek tersebut pernah menjadi ahli PPBM dan memegang jawatan sebagai penolong setiausaha srikandi pusat tetapi pada 30 Mei 2017 telah meletak jawatannya dan telah digugurkan keahlian pada 14 September 2017.

“Beliau telah hadir bersama untuk demontrasi yang diadakan semalam di hadapan bangunan RoS pula.

“Bagaimana suspek yang ditangkap pada 5 Februari berada bebas mengadakan demontrasi  pada 22 Februari (semalam). SPRM perlu jawab,” ujarnya.

Mohd Haniff turut mendedahkan agar Ketua Pengarah SPRM perlu mengambil serius kerana dakwanya, sebahagian suapan telah di masukkan ke dalam akaun bank dan diserah di tangan suspek.

“Bagaimana kes ini tidak didedahkan. Bagaimana suspek belum dibawa prosiding reman dan bebas dijalanan buat demontrasi semalam.

“Sampai hari ini kita tidak diberitahu apa yang sedang berlaku.

Mohd Haniff berkata pihaknya selaku peguam PPBM berhak mendedahkan identiti  pengadu dan suspek kerana hasil siasatan yang dilakukan  oleh parti sebelum menyerahkan maklumat itu kepada tindakan SPRM.

“Jadi kami berhak dari segi undang-undang mendedahkannya kepada media dan umum. Jika SPRM berintergiti dedahkan maklumat rasmi mengenai hasil siasatan kes ini,” terangnya.

Malah kata Mohd Khatri lagi, pihaknya mempunyai satu fakta penting apabila pengadu melalui perbualan telefon denegan suspen dari masa ke semasa, pengadu telah bertanyakan siapakah yang memberi duit dan daripada duit itu diperoleh oleh suspek.

“Pengadu dimaklumkan oleh suspek pihak berkenaan adalah paling baik, paling, paling, paling, paling rapat dengan Najib…enam kali ‘paling’ ,” ujarnya.

Turut hadir dalam sidang media itu Timbalan Presiden  Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Srikandi Rina Harun dan pengadu.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan