Amanah Kedah dapat 13 kerusi, 10 DUN 3 parlimen

PERUNDINGAN di peringkat nasional telah membolehkan Amanah mendapat tamba han dua kerusi negeri lagi, menjadikannya 10 kerusi di Kedah.

Ia diperolehi oleh Amanah selepas perundingan di peringkat nasional selesai ekoran kegagalan perundingan di peringkat negeri untuk menyelesaikan pembahagian kerusi itu.

Sebelum ini, Amanah hanya mendapat tiga kerusi parlimen di Kedah berbanding Bersatu enam dan PKR juga enam. “Saya rasa semua pihak berpuashati dengan pembahagian kerusi di Kedah,” kata Timbalan Pengerusi PH Kedah, Dr Ismail Salleh.

Selepas Johor, Negeri Sembilan dan Perlis berjaya selesaikan pembahagian kerusi di peringkat negeri masing- masing, Kedah menjadi negeri pertama yang berjaya diselesaikan di peringkat nasional.

Empat kerusi yang bertindih iaitu Pantai Merdeka, Guar Cempedak, Kulim dan Gurun berjaya diselesaikan melalui rundingan di peringkat nasional.

Amanah berjaya mendapat dua kerusi iaitu Pantai Merdeka dan tambahan kerusi Belantik selepas bersedia menyerahkan Guar Cempedak kepada Bersatu.

Bersatu pula mendapat Guar Cempe dak dan Kulim manakala PKR mendapat Gurun.

Dengan pembahagian ini, kerusi di Kedah diselesaikan dengan Bersatu mendapat 14 kerusi, PKR dan Amanah masing-masing 10 kerusi manakala DAP mendapat dua kerusi negeri.

“Kami selesaikan seminggu selepas kepu tusan menentukan kerusi itu berdasarkan merit bagi setiap kerusi selepas perbincan gan diserahkan kepada perunding peringkat nasional,” kata Dr Ismail Salleh, Timbalan Pengerusi PH Kedah.






Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan