RUU 355: Umno ‘checkmate’ Pas, DAP juga yang salah

KUALA LUMPUR: Walaupun rang undang-undang (RUU) persendirian Akta 355 bagi memperka sakan Mahkamah Syariah dibawa ke sidang Dewan Rakyat dengan persetujuan Umno sejak tiga sesi lalu, namun hasilnya masih tidak kelihatan memandangkan ia belum lagi dibahaskan dan diundi anggota dewan.

Ahli parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata, RUU persendirian ahli parlimen Marang yang juga presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dibentang di Dewan Rakyat melalui kebena ran Speaker Dewan Rakyat.

Namun kesal beliau, RUU itu tidak pernah dibahas di Dewan Rakyat walaupun di luar dewan para pendokong Pas menyifatkan Abdul Hadi sebagai ëhero Islamí.

“Kami dari parti AMANAH khu susnya, arif sangat ni semua ëgameí (permainan) Umno untuk tonjolkan imej kononnya mereka juga sokong hukum Islam yang Pas bawa den gan benarkan presiden Pas sekadar bentang RUU itu; dibahaskan tidak, jauh sekali untuk diluluskan,” kata pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) AMANAH itu.

Menulis di laman FB, Hanipa mengakui pernah menasihati pemimpin Pas bahawa jika Umno benar-benar mahu menyokong usaha menaikkan taraf dan bidang kuasa Mahkamah Syariah bagi membolehkan Kelantan melak sana hudud, sepatutnya pemimpin Umno (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang menerajui kerajaan membawa pindaan Akta 355 ke Dewan Rakyat.

“Itu lagi mudah, tak berbelit, berkesan dan mungkin berjaya,” katanya.

Beliau juga masih ingat alasan pemimpin Pas bahawa jika Umno membawa RUU 355 ke Dewan Rakyat, ia diumpamakan sep erti Pas membawa bola ke kotak penalti tetapi Umno yang menjar ingkan gol.

Hanipa turut menyentuh tindakan seorang bekas ahli parli men Umno memfailkan saman di mahkamah bagi mencabar RUU 355 daripada dibentangkan dengan menamakan Speaker dan Setiausaha Dewan Rakyat sebagai responden.

“Speaker dan Setiausaha Dewan Rakyat cuba batalkan saman man tan YB Umno itu tapi gagal. Tak tahulah adakah Pas akan keluar ‘fatwa’ ke atas mantan YB Umno itu, peguam beliau dan hakim tersebut kerana kes itu. Takut nanti DAP juga yang salah!” sindir Hanipa.

Menurut beliau, dengan kepu tusan terbaru mahkamah itu dan sidang Parlimen yang berkemung kinan akan berakhir pada Mac atau April ini, beliau yakin pemben tangan RUU 355 itu tidak akan ke mana selain di takuk lama.

“Hanya dibentang dan tak berbahas, tak ada bacaan kali pertama, kedua dan ketiga, tak diluluskan di Dewan Rakyat, tak dibentang dan dilulus di Dewan Negara, tiada perkenan Yang di- Pertuan Agong dan lepas itu tidak juga diwartakan.

“Maaflah juga jika saya kata amat mudah betul Umno ‘checkmate’kan Pas dalam isu ini.

Jangan gusar, ini semua mesti salah DAP juga,” katanya sinis.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan