Oleh Muhaimin Sulam
Saya petik ucapan Husam Musa pada 3 Mac lalu yang disiarkan di laman Malaysiakini yang menyebut:
"PAS kata tak pangkah PAS haram sebab akan jatuh kerajaan Islam. Ambo (saya) pula kata, kalau mengundi PAS yang menongkat (bantu) Umno yang habiskan duit rakyat, haram.
"...Haram undi bulan. Ini ambo nak pegang. Nak tahu yang mana betul,
kita berdebatlah," kata Husam yang kini Naib Presiden Parti Amanah
Negara (AMANAH).
Dua perenggan ataupun ucapan tidak sampai dua minit itu seperti menjadi ketidaktentuan. Ada di kalangan penyokong AMANAH marah dengan kenyataan Husam. Bagi pihak sebelah lagi, inilah waktu memulangkan buah keras. Paku dulang, paku serpih. Katanya sohibul hikayat.
Teks dua perenggan itu adalah teks yang menggunakan nada sindiran atau mengajuk. Itu bukan bahasa Husam. Tetapi Husam menggunakan laras bahasa biasa yang difahami oleh penyokong PAS.
Cuba semak pada ayat pertama di perenggan pertama. Husam menggunakan ‘bahasa PAS’ dahulu baru diikuti dengan ayat kedua yang memberi maksud jika analogi itu digunakan, maka Husam kata bahawa hukum undi PAS yang menongkat (bantu) Umno adalah haram.
Sangat simple analogi itu untuk difahami. Melainkan kita hendak berkelahi tak henti-henti sampai mati.
Hidup Untuk Berkelahi!*
* ini slogan sindiran ye, harap faham.

0 comments:
Catat Ulasan