Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
1. Ini salah satu naratif kes "murtad" yg saya petik dgn ubahsuai drpd salah satu komen dlm kiriman saya berkaitan isu berkaitan, juga pandangan saya mengenainya.
2. Seorang wanita Kristian Sarawak melahirkan seorang anak luar nikah kerana hubungan cinta dgn seorang lelaki Muslim dari Semenanjung.
3. Anak itu dinamakan dgn nama orang Islam dan ada diletak nama keturunan Wan. Selepas itu hubungan cinta mereka putus dan lelaki itu menghilangkan diri.
4. Sementara wanita itu pula berkahwin dgn seorang askar Kristian. Anak berkenaan dijaga oleh pasangan Kristian ini.
5. Di sekolah, anak itu dikehendaki masuk kelas pendidikan Islam dan dikatakan dia mengaku berpuasa apabila ditanya.
6. Guru-gurunya berusaha utk menjadikannya orang Islam, mungkin kerana namanya nama orang Islam. Ini usaha yg mulia.
7. Anak itu beridentitikan Islam dari sudut nama tapi membesar sebagai seorang Kristian. Mungkin dia berpuasa pun kerana mengikut ajaran agama itu.
8. Jika anak itu mahu menghilangkan identiti Islam dari dirinya spt membuang perkataan bin dan nama keturunan Islam wan, apa yg patut dia buat?
9. Anak itu tidak dikira mahu "murtad" kerana dia memang beragama Kristian sebab dijaga oleh ibu bapa Kristian walaupun namanya beridentitikan Islam.
10. Di sinilah isu SOP berbangkit. Agensi mana yg patut dia pergi paling awal atau mahkamah mana yg patut dia rujuk terlebih dahulu?
11. Apa dokumen yg patut dia sediakan dan isi, dan siapa yg patut dia jumpa? Berapa kali dia patut berbincang dgn pihak-pihak berkepentingan?
12. Berapa kali dia patut lalui proses kaunseling misalnya (jika dia dikatakan Islam dan mahu "murtad"), atau relevankah sesi kaunseling utk dia yg memang bukan Islam semenjak awal?
13. Apa peranan agensi agama dan agensi pendaftaran? Jika dia ingin berkahwin dgn wanita Kristian, apa yg perlu dia lakukan? Agensi mana yg patut dia jumpa?
15. Di bawah undang-undang manakah perkahwinannya patut didaftarkan? Enakmen syariah atau Akta 164?
16. Jika salah seorang ibu bapanya meninggal dan mereka ada harta, berhakkah dia dgn harta-harta itu, dan agensi mana yg patut dia berurusan?
17. Banyak lagi persoalan dan masalah berbangkit yg memerlukan jalan keluar. SOP membawa maksud menyediakan jalan keluar yg betul utk masalah pentadbiran yg dihadapi oleh seseorang.
18. Jalan keluar diperlukan sebab anak itu perlu berkahwin, berhak memiliki harta, ingin bercampurgaul dgn orang ramai dan banyak lagi urusan hidupnya yg perlu dilunaskan.
19. Jika ada orang yg mencadangkan supaya diwujudkan SOP utk kes sebegini, adakah kita kata orang itu sokong murtad, reda dgn murtad dan suka orang murtad?
20. Ini baru satu kes. Macam dgn ribuan kes lagi yg sedang dikendalikan oleh pelbagai agensi kerajaan yg tidak punya SOP jelas? Atau, jika diwujudkan SOP dikira sokong murtad pula?
21. Tugas agensi kerajaan antaranya ialah menyelesaikan masalah rakyat dan memberi ruang kpd rakyat utk hidup aman, bebas dan selesa.
22. Tidak berbangkit pun sebenarnya isu sokong murtad. Tapi yalah, kalau tak mainkan isu ini secara sel-sel otak tak disambung, isu apa lagi yg parti itu mampu gedegang-gedegungkan?
23. Yillek... nahi he... no choice... mairo le...!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan