Johor Bahru jadi idaman pembangkang

PARLIMEN Johor Bahru terletak di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Malaysia) yang
merupakan koridor ekonomi yang pesat membangun di selatan tanah air.

Pelbagai kemajuan dapat dilihat bukan sahaja daripada terbina bangunan komersial dan pencakar langit di merata tempat, malah sosio ekonomi rakyatnya juga telah menunjukkan
peningkatan positif.

Atas sebab itu, kerusi parlimen bandar tersebut menjadi idaman bagi parti pembangkang untuk merampas daripada Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Umno.

Pertengahan tahun lalu, Shahrir Abdul Samad mengumumkan dirinya enggan bertanding lagi dalam PRU. Keputusan pemimpin berusia 68 tahun itu dibuat kerana berasakan sudah sampai masanya dirinya berundur dari kancah politik tanah air.

Pemimpin berpengalaman yang sudah biasa dengan asam garam dan sepak terajang dalam dunia politik akui mahu memberi peluang kepada pelapis muda Umno bagi mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bahru diwakilinya.

Hasrat tersebut amat mengejutkan malah tidak kecuali Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyatakan harapan agar Shahrir tidak berundur.

Ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Johor Bahru tahun lalu, Najib menyifatkan faktor parlimen itu masih kekal milik Umno-BN sehingga kini adalah kerana jasa dan pengorbanan Shahrir.

Akhirnya, Shahrir yang sebelum ini membayangkan mahu bersara dari politik mengumumkan minat untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bahru pada PRU14 agar kekal milik Umno-BN.
Shahrir berkata, beliau berada di dalam kancah politik bukan kerana mahu menjadi hero.

Beliau sendiri sudah menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat di Johor Bahru sejak tahun 1978, dan masih terus berkhidmat walaupun tidak menjadi ahli parlimen pada seketika waktu.

“Saya tetap bersama dalam Johor Bahru (sambil berkhidmat) dan itulah yang diutamakan (rakyat). Sayangnya saya untuk berkhidmat kepada masyarakat Johor Bahru.

“Membantu, mendengar dan cuba memenuhi hasrat mereka,” katanya.

Ditanya mengenai tahap kesiap siagaan jentera BN Johor Bahru, Shahrir berkata semuanya dalam keadaan tersusun dan memahami strategi untuk PRU kali ini.

Dalam pada itu, beliau juga mengakui bersyukur kerana mendapat peluang untuk menjadi seorang wakil rakyat dan berkhidmat kepada masyarakat.

Menurutnya, peluang seperti itu memberi dirinya untuk membuat lebih banyak kebaikan.

“Ini satu keistimewaan yang diberikan kepada kita seorang ahli parlimen. Dalam khidmat kita itu, (ada) peluang keemasan untuk buat baik, (maka) buatlah kebaikan.

“Saya sentiasa memikirkan dari segi apa pun strategi yang saya ambil, manfaat kepada yang ramai.
“Apa yang kita buat, faedah dan manfaatnya dirasai oleh masyarakat. Bukan faedah kepada saya, kawan kawan atau keluarga,” katanya.

Ditanya harapan dirinya terhadap PRU14, Shahrir menyifatkan pilihan raya umum kali ini sebagai ujian terhadap pengundi sama ada mereka mahu negara ini dibentuk mengikut acuan sendiri atau tidak.

“Undi mereka itu ialah doa (sama ada) ke arah kebaikan dan kepada perkukuhkan sistem atau untuk memusnahkan.

“Ini peranan rakyat akhirnya kena kembalikan balik kepada rakyat,” katanya.

Beliau yakin masyarakat Johor Bahru memahami tanggungjawab tersebut sekali gus tidak mensia-siakan undi masing-masing malah membuat keputusan bijak dengan tidak menurunkan kerajaan.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan