Kuala Lumpur,– Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar
menyelar kenyataan Presiden Pas yang menyatakan Tun Mahathir seperti
“jilat ludah sendiri” apabila menghapuskan Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1971 (AUKU).
Mahfuz berkata lebih baik menjilat ludah sendiri dari terus meludah ke atas muka rakyat.
“Lebih baik menjilat ludah sendiri dari PAS menjadi tukang jilat
ludah UMNO (Najib)” jelas beliau
Tambah beliau, kesediaan Tun Mahathir untuk menghapuskan AUKU yang
terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk pilihan raya umum
ke-14 (PRU14) menunjukkan Tun Mahathir tidak ego dan tidak meninggi diri
terus pertahankan apa yang dia buat satu ketika dulu.
“Kesediaan Tun Mahathir menghapuskan AUKU menunjukkan Tun Mahathir
terbuka menerima pandangan kehendak rakyat Malaysia dan pimpinan PH
lain.
“Ini juga menunjukkan pimpinan PH tidak menjadi seperti lembu di ‘cucuk hidung’.
“Kesediaan Tun M membuat pembaharuan di hujung usianya adalah sesuatu yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya”
“Allah juga menilai kepada kebaikan di pengakhiran hidup seseorang
walaupun diawal kehidupan melakukan kesalahan, Allah Maha Pengasih dan
Penyayang, Allah Maha Pengampun” katanya lagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan