Shah Alam, – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar
mendakwa pendekatan Pas dan Umno kini sama dalam soal menangani
pengundi-pengundi Melayu dalam Pakatan Harapan (Harapan). Menurut
beliau, selepas Umno, Pas kini menggunakan sentimen DAP bagi
menakut-nakutkan orang Melayu yang menyokong Harapan.
“Jika dahulu Pas menjadi mangsa Umno dengan menakutkan pengundi mereka dengan DAP apabila bekerjasama dalam PR.
Saya masih ingat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika
dalam PR berkali-kali dalam kenyataannya berharap orang Melayu Islam
tidak takut dengan DAP kerana tiada apa-apa yang perlu ditakutkan dalam
konteks Islam dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sesi Facebook
Live Sinar Harian, semalam.
Beliau turut mendakwa, bukan sahaja memangsakan DAP bagi menakutkan
penyokong Islam Harapan, malah PKR, Bersatu dan Amanah turut dilabel
sebagai pencacai.
“Apa berlaku hari ini, Pas guna pendekatan sama menakutkan orang
Melayu Islam menyokong Harapan dengan memangsakan DAP dengan menyatakan
PKR, Bersatu dan Amanah sebagai pencacai.
“Bagi saya itu suatu cukup pelik menunjukkan Pas dan Umno sekata
dalam usaha menangani penyokong Melayu Islam Harapan dalam menghadapi
PRU14,” katanya.
Sementara itu, Mahfuz turut menegaskan, calon Perdana Menteri
Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, layak menjadi perdana menteri meskipun
usianya sudah mencecah 93 tahun.
Mahfuz yang baru menyertai Amanah itu berkata, umur bukan faktor utama untuk seseorang itu diangkat menjadi perdana menteri.
“Kita tak boleh nak tentu umur berapa yang seseorang itu mampu untuk bawa masa depan negara.
“Orang fikir kalau muda…bawa kerosakan lebih baik bawa orang tua yang
punya iltizam untuk membawa masa depan negara, bagi saya soal umur
bukan ukuran yang tepat, sama ada seseorang itu layak atau tak layak,
yang penting pemikirannya,” katanya.
Beliau dalam nada sinis berkata, ‘kerosakan’ yang berlaku dalam negara kini bukan disebabkan Mahathir.
“Kerosakan yang berlaku bukan daripada individu berumur 93, pemimpin
sekarang yang umur lebih muda daripadanya jadi tak kan mahu kekalkan
kerosakan kerana dia lebih muda daripada Tun M,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan