Menurut beliau, tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan dalam satu ucapannya di Rantau Eco Park, Rembau Negeri Sembilan bersifat mencabuli proses demokrasi yang murni dalam negara dan satu yang bertentangan dengan amalan demokrasi hak asasi.
“Ini juga merupakan langkah dan tindakan untuk menakutkan rakyat dengan ucapan yang berbau ancaman serta tindakan ganas yang dibuat oleh UMNO”. Jelas beliau ketika diminta untuk mengulas berkaitan ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan itu.
“Saya minta pihak Polis untuk menahan Menteri Besar Negeri Sembilan, sebab dia dah memberikan jaminan bahawa sekiranya mereka bertindak, dia akan melindungi mereka. Ini sesuatu yang sangat merbahaya….. Maknanya dia memberi galakkan kepada pemuda Umno untuk bertindak melampaui amalan demokrasi, kerana mereka ada jaminan dari pembesar mereka”
Sementara itu, Mahfuz turut menegaskan agar UMNO dan Barisan Nasional dihalang untuk menyertai pilihan raya umum ke 14 (PRU-14) akan datang berikutan telah melanggar proses demokrasi.
“Seharusnya Suruhanraya Pilihan Raya dan Pendaftaran pertubuhan membatalkan permohonan UMNO kerana telah bertindak bertentangan dengan amalan demokrasi dalam negara kita” Jelasnya lagi.
Beliau dalam nada sinis berkata “kita masuk pilihan raya sebab orang nak mengundi, bukan nak bergaduh, bukan nak pergi tiarap meja”.
0 comments:
Catat Ulasan