PAS mengesahkan lebih 90 peratus calonnya bagi PRU14 sudah dimuktamadkan.
Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak akan mengumumkan senarai calon itu seperti yang akan dilakukan BN.
"Kita sudah selesai soal calon ini lebih 90 peratus. Oleh sebab itu tidak penting PAS ikut parti lain (umumkam calon awal untuk elak sabotaj), kita ada pendekatan sendiri.
“Yang mana calon yang kita pilih ini dilihat dari atas (kepimpinan parti) termasuk pandangan-pandangan akar umbi parti,” kata Abdul Hadi dalam sidang media selepas Konvensyen Mahasiswa Malaysia di Serdang Jaya, Selangor hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian mengulas langkah BN yang dijangka akan mengumumkannya pada 2 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Pada 22 Mac lalu Berita Harian melaporkan BN akan menyenaraikan calon lengkap mereka iaitu lima hari sebelum pelancaran manifesto mereka.
Menurut laporan tersebut juga, majlis pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu akan dihadiri oleh 13 pemimpin kanan parti komponen BN.
Najib juga akan menyampaikan surat watikah kepada calon yang akan bertanding di 222 kerusi parlimen.
Sementara itu, diminta mengulas sama ada akan berlaku unsur sabotaj, Abdul Hadi menyatakan keyakinannya perkara itu tidak akan berlaku.
"Tidak ada, insya-Allah (tidak akan ada sabotaj). (Kerana) Orang yang nak bertanding ini payah.
"Orang tahu nak bertanding PAS ini besar tanggungjawabnya. Sebab itulah kita mencari calon-calon, bukan (mereka) datang sendiri,” katanya.
BN dijadualkan melancarkan manifestonya pada 7 April ini di Stadium Bukit Jalil.
Perkembangan itu sekali gus memberi gambaran bahawa kemungkinan besar PRU ke-14 akan diadakan seawal hujung April atau awal Mei 2018.
Pada PRU ke-13, Najib melancarkan manifesto BN di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 6 April 2013 iaitu 28 hari sebelum hari mengundi.
Pada PRU ke-12 pula pelancaran manifesto BN disempurnakan oleh perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi di PWTC pada 28 Februari 2008. Ia diadakan 11 hari sebelum mengundi.

0 comments:
Catat Ulasan