Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam satu kenyataan dipetik berkata
kempen pilihan raya selama 11 hari adalah waktu minimum untuk berkempen
dan pihaknya akan mengkaji kepentingan sama ada ini perlu dilanjutkan
pada pilihan raya umum ke-14 kali ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata, demikian,
ketika menjadi tetamu di Program Ruang Bicara, Bernama News Channel,
malam tadi.
Ia susulan kenyataan dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, semalam,
di Dewan Rakyat yang mencadangkan kepada SPR agar diadakan kempen
selama 21 hari bagi menghadapi PRU14 kali ini. Cadangan itu dibuat bagi
tujuan mendekati pengundi yang bertambah pada Pilihan Raya Umum ke-14
akan datang.
Mohd Hashim berkata, pihaknya akan dapat mengendalikan perjalanan PRU
dengan cara terbaik, telus, ikhlas dan bersih mengikut peraturan
undang-undang yang ditetapkan.
Beliau menegaskan bahawa SPR adalah institusi bebas dan tidak menerima arahan daripada mana-mana pihak.
Kesiapsiagaan petugas-petugas SPR di seluruh negara kini berada di
tahap 100 peratus bagi memastikan kelancaran perjalanan proses Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.
Kesiapsiagaan itu meliputi tenaga kerja dan logisitik kelengkapan
yang diperlukan selain diperkuatkan dengan latihan, kursus dan
penerangan jelas mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing yang
dilakukan sejak dua tahun lepas. termasuk persiapkan petugas-petugas di
tempat mengundi dan pengiraan undi di seluruh negara.
Beliau berkata dijangkakan seramai 250,000 petugas melibatkan SPR dan
anggota keselamatan serta pertahanan negara akan terlibat dalam PRU
kali ini.
Mohd Hashim berkata pihaknya juga telah bersiap siaga dari segi
kelengkapan untuk PRU14 ini termasuk dari segi kemudahan lebih selesa
kepada orang kelainan upaya (OKU) seperti memberi bantuan ke tempat
mengundi, kemudahan kerusi roda bagi pemilih uzur atau kurang upaya.
Menyentuh mengenai bekalan dakwat kekal, beliau berkata ia telah
ditempah awal dan hanya menunggu detik PRU14 sebelum dihantar pembekal
untuk digunakan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan