Berada dalam bulan Ramadan atau lebih difahami oleh masyarakat Islam di Malaysia sebagai bulan puasa, bulan ibadah dan bulan muhasabah diri, merupakan suatu kesempatan untuk umat islam mengembalikan sifat baik dalam diri dan mensucikan nilai serta sifat jahat dalam diri.
Namun jika dilihat dalam konteks umat Islam kini di Malaysia, hadirnya bulan Ramadan ini sama seperti hadirnya bulan pesta.
Pesta makanan, pesta buffet, pesta berbuka, pesta sahur, pesta berbelanja dan pesta melahapkan nafsu.
Laporan terkini menjelaskan bahawa peningkat sisa pepejal di negeri Perlis sebanyak 25 peratus atau 180 tan sehari di bulan Ramadan ini berbanding 130 tan sehari pada bulan biasa.
Justeru itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membuat suatu tuntutan kepada seluruh masyarakat Malaysia sempena bulan Ramadan ini agar hindari dari sikap dan usaha yang cuba untuk mengkomersialkan agama.
Usaha ini wajar digemblengkan disemua lapisan masyarakat termasuklah pihak berkuasa dan pemerintah agar bulan Ramadan ini kembali dihayati sebagai bulan ibadah dan bulan untuk melakukan kebaikan.
Komersialisasi agama yang dimaksudkan ialah, wujudnya unsur memperdagangkan, mempengaruhi, serta mengeksploitasi agama untuk kepentingan kebendaan semata.
Wujud papan tanda, iklan-iklan media, hotel, restoran, tempat kediaman malah dikawasan kampung yang mempromosikan pelbagai pekej berbuka dan sahur yang menyediakan puluhan juadah berbuka atau sahur, dengan pelbagai harga.
Bazar Ramadhan yang wujud disetiap corok penempatan masyarakat membekaskan lagi erti komersialisasi terhadap agama ini.
Sewajarnya rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam lebih sensitif terhadap isu ini dengan mengelakkan diri daripada terlibat dengan pesta-pesta buffet, majlis berbuka mahupun sahur yang pasti jauh dari tuntutan agama Islam yang sebenar.
Membazir makanan, puluhan juadah ketika berbuka mahupun sahur, berbelanja berlebihan, iklan promosi jualan pra perayaan dan promosi buffet dihotel-hotel adalah menifestasi komersialisasi agama.
Ambil sahaja contoh masyarakat di Sri Lanka, ketika masyarakat sedang menghampiri sambutan hari Vesak, kerajaan Sri Lanka mengharamkan iklan-iklan untuk sambutan hari Vesak ini, disebakan ianya mencemarkan kesucian agama Buddha (Laporan The New York times, 4 Mei 2018).
Sewajarnya langkah yang baik diambil oleh pihak kerajaan Malaysia untuk memastikan komersialisasi agama dapat dibendung dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
Sebarang bentuk komersialisasi agama yang wujud wajar disekat.
Badan dan institusi Islam yang bertanggunjawab memelihara wajar menjadi pembela kepada usaha untuk mengkomersialkan agama ini.
* SM Mohamed Idris adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
0 comments:
Catat Ulasan