Oleh Mohd Sayuti Omar
Mereka yang skeptikal dengan parti
agama (Pas) akan bertanya sambil mengeluh kepada saya, “kenapa berat
sangat Pas kali ini, kita tenguk pun jadi lemah semangat”. Itulah antara
ayat dan kata-kata yang kerap diluahkan.
Berat maksudnya,
melihat kepada poster, banner dan peralatan kempen Pas. Di mana-mana
sahaja bendera Bulan memenuhi kawasan. Di tepi jalan, atas pokok, atas
bangunan bahkan sampai ke dalam sungai dan lautan.
Bendera atau
banting Pas pula disangkut atau ditampal bukan sahaja di tembok tetapi
ditiang-tiang eleterik dan tiang telefon, di mana pemasangan itu
membahayakan.
Perang poster hebat
di antara Bulan dan Dacing. Jika diukur kepada poster, Pas akan menyapu
bersih di Kelantan mengulangi peristiwa tahun 1990 dahulu. Apa lagi
kalau ada persepakatan dengan BN, semua kerusi dimenangi, dan PH akan
kosong dan berputih mana setelah bermerah mata selama berbulan-bulan.
Sebenarnya apa yang terpamer kepada poster Pas dan BN itu tidak perlu
dibimbangi kerana kewujudan benda itu satu propangada yang
direka-rekankan. Sifatnya persis Pak yang mandi pagi sahaja. Ingat tak?
Ini dapat dikesan apabila melihat kepada cara pemasangan poster Bulan
dan Dacing ia dilakukan oleh orang yang sama. Mungkin juga biaya pun
disumbangkan oleh company yang sama. Rata-rata poster Pas kali ini
bersaiz besar, dan dalam pelbagai bentuk yang moden dan kemas.
Berbeza dengan pilihan sebelum ini di mana bendera atau banting Pas
tidak sekata, terbit dengan pelbagai versi menunjukkan ia dihasilkan
oleh penyokong dan simpati Pas, bukan ia terbit dari “kilang” dan
dipasang oleh kontraktor sama dengan Umno. Pemasangan bendera dan poster
Pas di zaman sebelum ini lebih ikhlas dan mencerminkan kebenaran
berbanding apa yang berlaku kini.
Wajar kalau orang yang hati
kecil berasa takut dengan keadaan yang ada di Kelantan kini khasnya
kepada Pas amanya. Pas telah berjaya menyamai kehebatan dari segi
logistik dengan IBN. Mereka sudah pun “berkapuh” dalam bab ini
bersanggama di udara.
Tetapi mungkin tidak ramai yang memahami
hakikat ini. Apa yang dilihat itu hanya gambaran salah satu propoganda
yang dilakukan pihak tertentu dengan motif tertentu. Bendera dan poster
umpan atau ubat pelali tidur.
Saya masih percaya Pas belum
mempunyai kemampuan cukup untuk memasang bendera mereka sehebat itu. Kos
yang diperlukan apa lagi dizaman GST ini berlipat kali ganda. Justeru
itu pemasangan itu dibuat secara bersama dengan bayaran kos yang tinggi
yang mana disponser?
Pemimpin Pas bermadah mereka mampu berbuat
begitu kerana komitmen ahli. Saya pernah terlibat dengan pilihan raya
Pas di zaman belum Tokguru Nik Aziz lagi, tahu sangat sedalam mana kocek
seluar orang Pas dan setohor mana kocek baju kurung muslimatnya.
Di zaman dahulu untuk belanja pilihan raya ada yang jual ayam, pisang,
hatta kambing dan biri-biri. Yang taksub dengan Pas sanggup menggadai
barang kemas.
Jadi apabila Pas muncul menjadi juara poster,
fahamlah kita apa yang berlaku. Hendaknya mereka yang mengeluh kesal dan
terus lemah semangat dengan melihat panji-panji bulan purnama tidak
lama dalam keadaan demam dan takut kerana itu. Poster hanya secari kain
yang ditenun dari kilang di China tidak boleh berbuat apa-apa, selepas 9
Mei nanti ia akan layu, lunyai dan relai satu persatu. Yang pasti
tertinggal nanti buluh yang dijadikan tiang saja.
Jadi sifat
bendera atau apa juga simbol (poster) hanya semantara, ia sebuah
gambaran yang didalamnya penuh dengan keplasuan dan hipokrit. #SMPH. Trims.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan