Oleh Husin Mahat
AMANAH Kedah tidak mengenali individu bernama Rizal Abu Bakar (foto) yang
kononnya mempunyai bukti kelakuan sumbang seorang pemimpin AMANAH
dengan seorang wanita dan menyifatkannya suatu fitnah yang sengaja
dilemparkan pihak tertentu bagi mencemarkan imej pemimpin Pakatan
Harapan (PH).
Pengerusinya Datuk Dr Ismail Salleh berkata, individu yang mendakwa
sebagai ahli AMANAH Kuala Kedah itu tidak langsung dikenali oleh aktivis
AMANAH negeri.
“Dia tak pernah dilihat di Kuala Kedah dan tidak dikenali oleh pemimpin tempatan,” ujar beliau.
Dr Ismail turut mempertikaikan istilah ‘Pan’ yang digunakan lelaki
misteri itu apabila merujuk kepada AMANAH kerana istilah itu tidak
digunakan pemimpin dan ahli parti.
Sebutan ‘Pan’ katanya hanya digunakan oleh musuh-musuh politik AMANAH dan tidak ahli parti.
Beliau yakin tuduhan tidak berasas membabitkan pemimpin AMANAH dengan
skandal seks itu adalah permainan politik pihak tertentu untuk mencemar
imej parti.
“Secara mudahnya ia suatu fitnah bagi mencemarkan imej pemimpin parti,” katanya.
Petang tadi, seorang lelaki yang mendakwa dirinya anggota AMANAH
menuduh pemimpin parti itu berkelakuan sumbang dengan seorang wanita.
Rizal Abu Bakar dan dua rakannya yang mengadakan sidang akhbar di
sebuah hotel bajet di Kampung Baru, Kuala Lumpur berjanji untuk
mendedahkan “skandal video seks terbaru” pemimpin AMANAH.
Mengaku sebagai ahli AMANAH Kuala Kedah, beliau menunjukkan tiga
gambar tangkap layar perbualan WhatsApp pada kadbod bersaiz A3, yang
kononnya memaparkan perbualan antara seorang lelaki dan seorang wanita.
Beliau turut memainkan dua rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki dan seorang wanita.
Dia mendakwa kedua-dua mesej WhatsApp dan klip audio itu menunjukkan
pemimpin parti dan wanita tersebut terlibat dalam hubungan sulit.
Rizal yang didesak wartawan supaya mengeluarkan bukti yang lebih
meyakinkan enggan berbuat demikian tetapi mahu pemimpin AMANAH terbabit
membuat penafian dalam tempoh 36 jam.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Haram jadah betul, dah takde modal lain ke barua ni?
BalasPadamMana video tunjuk kan lahh, spender dia besar ke ?
KahKahKah