KETEREH: Anak arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar, hari ini
menepis dakwaan beliau menjauhkan diri dari keluarganya sejak muncul
pada hari penamaan calon Sabtu lepas sebagai wakil Pakatan Harapan di
kerusi negeri Chempaka, Kelantan.
Ia susulan beberapa tuduhan penyokong PAS yang Nik Omar, yang juga
abang kepada Nik Mohamad Abduh yang menjadi calon PAS di kerusi Parlimen
Bachok, tidak pulang ke rumah menemui ibunya untuk mendapatkan restu
bertanding dalam pilihan raya 9 Mei ini.
“Kalau nak cari hujah biar nampak kukuh sikit,” katanya dalam
kenyataan ditujukan kepada pengkritiknya, ketika ditanya pemberita
selepas ceramah di Ketereh.
“Malam ini, ambo (saya) balik, esok ada perhimpunan dengan pelajar
ambo di Sekolah Darul Anuar. Ambo ada berjumpa dengan guru 8.30 pagi
esok, boleh pegi tengok,” katanya.
Nik Omar sebelum ini menjadi sasaran beberapa pemimpin PAS, termasuk
presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang membangkitkan kisah Nabi
Nuh dan anaknya yang tidak mengikut agama bapanya.
“Sepatutnya anak-anak pemimpin PAS tidak bersama bahtera Pakatan
Harapan (PH) yang menjadi nakhodanya Tun Mahathir dan pembantunya yang
menebuk bahtera Barisan Nasional (BN) sehingga menjadi bocor dimasuki
air dan juga sangat membahayakannya. Maka PAS tidak bersama BN dan tidak
juga PH,” tulis Hadi dalam “surat terbuka” ditujukan kepada “anak-anak
pemimpin yang meninggalkan perjuangan ayah”.
Dalam jawapannya hari ini, Nik Omar berkias sambil memberi nasihat kepada adiknya Nik Abduh, yang juga calon PAS Bachok.
Ketika ditanya hubungannya dengan Nik Abduh, Nik Omar berkata seorang adik sepatutnya tahu cara menghormati abang.
“Kalau adik beradik ada 10 orang, anak kelima pergi jumpa bonda, ambo
(saya) anak kedua pegi jumpa juga dengan bonda. Seorang abang, dia
wajib sayang kepada adik dia walaupun adik dia buat masalah.
“Sepatutnya, Islam ajar, seseorang adik mesti tahu cara hormat kepada seorang abang,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan