PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak perlukan
“strategi mengejut saat akhir” untuk meraih sokongan untuk diri sendiri
atau Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang.
Beliau menjawab “ramalan” Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi hari ini mengatakan bekas perdana menteri itu akan
dimasukkan ke wad hospital pada malam pilihan raya umum ke-14 untuk
meraih undi simpati.
“Mengapa saya perlu ke hospital untuk meraih undi simpati?
“Saya boleh dapat sokongan tanpa perlu melakukan aksi seperti itu,” kata pengerusi PPBM menepis dakwaan Zahid.
“Ikut suka Zahid nak fikir apa. Lagipun, dia orang yang datang
brtjumpa saya selepas dijadikan timbalan perdana menteri untuk
mendapatkan pertolongan saya.”
Di satu majlis di Bagan Datuk hari ini, Zahid mencadangkan Dr
Mahathir menggunakan “strategi mengejut saat akhir” pada malam hari
penamaan dengan mendakwa terdapat cubaan mensabotaj penerbangannya ke
Langkawi Jumaat lepas.
“Ia dibuat kerana mahu menagih simpati sehari sebelum penamaan calon
yang kononnya kejadian itu berlaku bagi menghilangkan kelayakan beliau
untuk bertanding di Parlimen Langkawi.
“Kita kenal beliau kerana kita pernah berketuakan beliau.
“Strategi dan taktik itu mungkin berubah tetapi ‘template’ atau
acuannya sama sahaja untuk mengelirukan pengundi, memperoleh simpati dan
menyalahkan orang lain, walaupun kelemahan itu dilakukan oleh pihak
beliau,” kata Zahid kepada pemberita selepas menghadiri program di
Kampung Pasang Api.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan