Pas tolak kerjasama dengan Bersatu, ada hubungan DAP, Amanah

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau berkata, Pas tidak perlu menunggu tempoh sebulan untuk menjawab tawaran Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Pas menyertai Pakatan Harapan.

Berikut transkrip penuh sesi soal jawab Abdul Hadi (TGHH) bersama media dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan Pas di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahad lalu yang disiarkan laman web rasmi Pas:

BAHAGIAN PERTAMA

Wartawan: Semalam dalam ucapan di Kedah, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi masa Pas selama sebulan untuk menentukan sama ada akan berada di dalam Pakatan Harapan atau tidak.

TGHH: Kita sudah membuat keputusan semua parti yang ada hubungan dengan DAP dengan Pan, kita tak ada hubungan dengan mereka, itu senang je, tak perlu tunggu masa, itu dia.

Wartawan: Jadi, tak perlu tunggu sebulan Datuk Seri ya?

TGHH: Tak perlu, bila dia dah ada hubungan dengan DAP dengan Pan, habislah, tak ada.

Wartawan: Betul ke Datuk Seri tak nak jumpa langsung dengan pemimpin Bersatu untuk berbincang?

TGHH: Ya?

Wartawan: Betul ke Datuk Seri tak nak berjumpa langsung dengan pemimpin Bersatu untuk berbincang mengenai...?

TGHH: Saya pernah berjumpa, tapi dasar kita itu dia, maknanya kalau ada hubungan dengan DAP dengan PAN, tak perlu bincang, kita dah ada keputusan itu.

Wartawan: Tapi kalau PKR boleh bekerjasama dengan...?

TGHH: PKR pun kita akan buat keputusan.

Wartawan: Maknanya ada keputusan...?

TGHH: Ya, akan buat keputusan.

Wartawan: Bila Datuk Seri?

TGHH: Insyaa Allah selewat-lewatnya masa Muktamar.

Wartawan: Sebelum Muktamar?

TGHH: Masa muktamar selewat-lewatnya Insyaa Allah

Wartawan: Masa muktamar lah?

TGHH: Ya, ya.
Wartawan: Jadi keputusan sama ada untuk bekerjasama dengan PKR pula kali ini Datuk Seri ya?

TGHH: Ya, termasuk, termasuk semua sekali.

Wartawan: So, sekarang ini kerjasama dengan PPBM macam mana Dato' Seri masih terbuka ke masih tertutup?

TGHH: Kita terbuka dengan semua, kerjasama dalam isu-isu yang tak ada masalah. Masalah politik, itu ada masalah, kerana DAP dengan rangkaian dia Dewan Himpunan Penyokong dia, yang Pan itu Dewan Himpunan Penyokong DAP lah, dia nyata bila menentang RUU355, menentang perlaksanaan syariat, menentang itu, itu sempadan, line (garisan) merah itu, tak boleh langgar itu, ya

BAHAGIAN KEDUA

TGHH: Saya rasa dia (Husam Musa) tak mahu bertanding pilihan raya yang akan datang, itu dia tak mahu bertanding pilihan raya akan datang, dia buat begitulah. Kalau bawa ke mahkamah, benda bohong, bila bohong, sudah tentu kalah, kalah diisytihar tak boleh bertanding pilihan raya, dia tak mahu bertanding, senang beritahu je. Dia tahu dia kalah bertanding pilihan raya. ya?

Wartawan: Adakah macam, bila meletak tarikh untuk dibawa untuk saman Husam Musa itu sendiri?

TGHH: Itu saya rasa Datuk Tuan Ibrahim sudah membuat kenyataan dalam, sudah ada perbincangan, tapi itulah taktik, saya tahu dia punya tujuan dia, tak mahu bertanding pilihan raya.

BAHAGIAN KETIGA

TGHH: Kita jemput semua, semua orang Islam termasuk orang bukan Islam yang mendokong RUU355.

Wartawan: Apa harapan Dato' Seri perhimpunan itu lah tak lama lagi ini?

TGHH: Saya mengharapkan semua parti-parti yang orang Islam, orang Islam yang terlibat semua parti-parti politik menyokong, ini adalah kewajipan orang Islam untuk meninggikan martabat Mahkamah Syariah, dan tak ada kena mengena orang bukan Islam. Mereka tak perlu campur tangan kerana perlembagaan mengatakan bahawa Mahkamah Syariah tak boleh hukum orang bukan Islam, tak ada sebab mereka menentang RUU355. Ya?

Wartawan: Datuk Seri, bagaimana pula dengan setakat ini respon daripada parti-parti setakat ini, daripada Umno, daripada Pakatan Harapan ke kalau ada sendiri ke, macam mana dengan respon mereka terhadap RUU355, adakah akan ada....?

TGHH: Ada yang menunjukkan sikap yang sangat, respon yang sangat positif, majoritinya positif.
Wartawan: Siapa yang bersikap responsif itu?

TGHH: Itu akan dilihat kehadiran lah, kehadiran hari Sabtu ini, saya tak boleh membuat satu kenyataan terbuka lah, insyaa Allah.

Wartawan: Tapi Dato' Seri menjangkakan orang bukan Islam akan turut menghadiri lah RUU355 ini?

TGHH: Saya percaya khususnya Dewan Himpunan Penyokong akan hadir, termasuk kalangan NGO-NGO yang bukan Islam yang memahami tentang tujuan 355.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan