Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Anina
Saadudin menyatakan hasratnya mahu kembali kepada Umno dan akan berjuang
bersama parti itu sebagai seorang pejuang.
Beliau yang menjadi ahli Umno selama 22 tahun dari 1993 hingga 2015
berkata, tempoh hukuman penggantungan keahliannya selama tiga tahun
selepas dipecat dari parti pada September 2015, sudah berakhir.
“Kepada semua ahli Umno yang saya hormati, saya ahli Umno selama 22
tahun sejak 1993 hingga 2015. Tempoh 3 tahun telah berakhir sebagai
hukuman kerana membawa isu parti ke Mahkamah Tinggi pada Ogos 2018.
“Saya mahu kembali kepada Umno dan saya mahu berjuang bersama seorang pejuang.
“Semoga Allah makbulkan doa saya untuk menebus dosa yang hanya akan
saya lupakan setelah UMNO kembali bangkit memerintah tanah pusaka
bangsa,” ujarnya dalam kenyataan di facebooknya hari ini.
Anina yang kini Presiden Empirical Malaysia berkata, beliau tidak
marah kepada pihak yang selama ini memaki hamunnya kerana keputusan yang
dibuatnya keluar Bersatu dan menyokong kembali Umno.
“Saya tidak marah dimaki hamun kerana itu dosa saya. Tapi misi yang
terpenting dalam hidup saya kini, hanya satu, saya akan perangi Pakatan
Harapan (PH) hingga dendam terindah terbayar dengan kebangkitan bangsa,”
katanya.
Kata Anina lagi, beliau ada berjumpa dengan bekas presiden Umno Datuk
Seri Mohd Najib Razak pada Isnin, di Langkawi untuk menyatakan
pilihannya dan bekas perdana menteri itu menasihatinya agar membuat
pilihan sendiri.
“Saya berjumpa Datuk Seri Najib Razak pada Aidilfitri ketiga di
Langkawi dan menyatakan pilihan saya. Datuk Seri Najib nasihati saya
dengan berkata beliau percaya saya tahu membuat pilihan sendiri,”
katanya.
Sebagai rekod Umno melucutkan keahlian Anina yang ketika itu ahli
Pergerakan Wanita Umno Cawangan Padang Matsirat, Langkawi pada 1
September 2015 kerana tindakannya memfailkan saman terhadap Datuk Seri
Najib Tun Razak yang ketika itu perdana menteri.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan