Mohd Shafie yang juga ADUN Senallang itu mengangkat sumpah pada jam 10.30 pagi tadi.
Ini disusuli dengan tiga timbalannya diketuai Datuk Seri Madius Tangau, Christina Liew dan Datuk Jaujan Sambakong.
Satu usul percaya kepada Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah turut akan dilakukan pada hari ini dimana ianya akan diusulkan oleh Jaujan.
Difahamkan, tiada ADUN dari Barisan Nasional (BN) dan STAR menghadiri sidang DUN Khas tersebut meskipun upacara angkat sumpah kesemua ADUN dari Parti Warisan Sabah (Warisan) sudah bermula sejak jam 10.30 pagi.
Bekas ketua menteri merangkap ADUN Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman juga tidak kelihatan pada pagi ini.
Semalam, ADUN Sulaman, Datuk Seri Mohd Hajiji Noor dan Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam satu kenyataan bersama mendakwa sidang DUN pada pagi ini sebagai tindakan terburu-buru.
Jelas mereka, selain tidak mengikuti perlembagaan sepatutnya, ianya juga diadakan selepas kesemua ADUN menerima notis 21 hari sebelum tarikh persidangan berlangsung.
Menurut Hajiji dan Jeffrey, notis persidangan DUN kali ini dikeluarkan dalam tempoh enam hari dan tiada keperluan atau kecemasan yang memberikan keutamaan sidang DUN dilakukan.
Satu sidang media dijangka akan dilakukan oleh Mohd Shafie mengenai isu berkenaan hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan