Mahathir kini bukan macam Mahathir dulu

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang bukan perdana menteri yang pernah DAP lawan dulu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Kita dapati Dr Mahathir sekarang bukanlah Mahathir yang biasa kita tentang ketika beliau kali pertama jadi perdana menteri,” katanya.

“Dr Mahathir kini bercakap tentang kedaulatan undang-undang sepanjang masa. Beliau bercakap soal memenuhi janji manifesto dan berpegang teguh padanya.”

Dalam wawancara kelmarin, Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata Dr Mahathir mahu ia dilaksana secepat mungkin.

“Beliau sangat tidak sabar [untuk menunai janji]. Kita semua tahu beliau tidak ada banyak masa. Beliau bertekad keadilan ditegak untuk negara ini.”

Lim juga menjelaskan anggota kabinet, termasuk beliau sendiri, terpaksa mengikut rentak kerja Dr Mahathir yang suka bekerja sepanjang masa.

“Ia [tugas saya] mencabar. Beliau seorang yang memang suka kerja,” katanya.

“Beliau kerja dan bekerja tanpa henti jadi kita juga kena bekerja tanpa henti. Jika saya juga gila kerja, jangan salahkan saya. Saya ikut bos.”
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan