Tabung Harapan bayangkan rakyat sangat cintakan tanah airnya

Oleh A Syukur Harun

Rakyat Malaysia, dengan semangat patriotik mereka, telah mengisi Tabung Harapan, yang kini mencecah puluhan ribu juta ringgit dan terus bertambah setiap harti.

Ini sesuatu yang simbolik, menggambarkan semangat cinta tanah air dari hati nurani mereka, berkongsi kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh negara sekarang ini.

Dalam PRU ke-14 yang lalu, rakyat telah bangkit melakukan perubahan, menolak kerajaan lama – Umno/BN – yang membawa
pelbagai masalah kepada rakyat.

Menyebabkan kehidupan rakyat sangat tertekan, ekonomi terhempas, hutang negara tidak ternilai banyaknya.

Kini, selepas kerajan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan, maka pimpinan berhempas pulas untuk mrmulihkan semula negara.

Tidak mudah hendak membaiki keroskan yang terlalu teruk itu dan rakyat sangat faham. Mereka turut bersama merasakan kegetiran itu, Maka apabila kerajaan baru menubuhkan Tabung Harapan, untuk mengumpul dana dari rakyat, maka rakyat segera memberi sokongan luar biasa.

Dalam masa sepuluh hari, lima puluh juta ringgit telah terkumpul dan derma itu akan datang lagi.
Ini benar-benar sebuah tabung dari pelbagai lapisan kehidupan, untuk rakyat.

Ketika tsunami rakyat beramai-ramai menolak dominasi Umno/BN dalam PRU yang lalu itu, maka langkah selanjutnya dari rakyat menyokong kerajaan Pakatan Harapan, ialah mereka beramai-ramai mengisi tabung terebut.

Untuk itu, saya menulis sebuah sajak untuk bersama menyertai gelombang rakyat ini:

Malaysia Tanah Airku
Kutulis puisi ini untuk mendambakan rasa cinta akan tanah airku
Negara makmur bagai emas tempawan
Hasil buminya yang kaya kurnia Ilahi
Hasil minyak, bijih
Dan pelbagai lagi
Tanam-tanaman yang subur
Ikan banyak di laut.
Ini kata-kata penulis Inggeris, Anthony Burger
Dalam bukunya, ‘Malaya Thrilogi’
Memuji kemakmuran negaraku
Yang gilang gemilang
Hutan tropika yang meneduhkan
Banjaran gunung ganang
Yang memagari bumi tercinta ini
Bukit Larut, Bukit Gantang.
Banjaran Titiwanga
Pantai yang landai
Pulau sekitarnya yang santtun
Gunung Ledang yang melindungi Puteri Cantik
Maka sebab itu rakyat sangat marah
Apabila ada pencuri, penyamun
Yang mencuri kekayan negara.
Membawa lari hingga ke hujung benua
Kemarahan ini ditunjukkan
Dalam pilihanraya umum yang lalu
Mencetuskan perububahan
Hidup rakyat, hidup rakyat.
A. Shukur Harun’
Subang Jaya, 4 Jun 2018

Kini rakyat menaruh harapan akan perubahan supaya kehidupan mereka lebih baik.

Namun mereka sedar kerajaan Pakatan Harapan berdepan dengan pelbagai masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan lama. Terutama hutang yang bertimbun, tidak ternilai banyaknya, harga barang keperluan belum lagi turun, walaupun GST sudah tidak lagi dipungut, bagaimana hendak membawa pulang wang yang dilarikan oleh ‘pencuri dan penyamun’.

Rasuah yang terbongkar satu demi satu, bersekala besar pula dan pelbagai masalah yang bermunculan. Sebab itu, rakyat diminta bersabar hingga masalah itu dapat diselesaikan, janji dalam manifesto dapat ditunaikan.

Kinipun ikrar 10 perkara yang hendak ditunaikan dalam masa sepuluh hari, sudah dapat 60 peratus dalam proses pelaksanaan. Bukan mudah hendak membaiki keroakan yang begitu parah. Ia mungkin memakan masa yang lama. Tetapi sabarlah.

Dalam masa yang sama kita gembira dan optimis melihat bahawa perkauman semakin dtinggalkan oleh rakyat. Di mana-manapun, rakyat pelbagai kaum menyabut dan merayakan kemenangan Pakatan Harapan.

Selamat menyambut Edul-Fitri, maaf bermaafan.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan