Dapatan di dalam kajian PhD saya pada 2016 yang bertajuk 'Perspektif Komuniti Lesbian, Gay dan Transgender Muslim di Malaysia Terhadap Perlakuan Homoseksual dan Konsep Perkahwinan Di Dalam Al-Qur'an", berdasarkan analisis data daripada temu bual bersama 18 orang informan, maka dapat disimpulkan bahawa secara umumnya komuniti lesbian, gay dan transgender Muslim di Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 kategori :
1) Mereka yang telah berubah atau berhijrah, namun memerlukan
sokongan dari keluarga dan masyarakat agar terus istiqamah dalam
penghijrahan.
2) Mereka yang masih terlibat dengan perlakuan homoseksual, namun mengakui ia perkara yang dilarang agama. Mereka juga menyesali perbuatan mereka dan berusaha untuk mujahadah melawan naluri ketertarikan kepada sama jenis itu. Kumpulan ini perlu dibimbing dan dipandu untuk mengikuti kehidupan yang lebih baik dan selari dengan tuntutan syariat.
3) Mereka yang menganggap naluri ketertarikan sama jenis ini adalah sesuatu yang telah ditentukan secara semulajadi, bahkan tidak merasa bersalah dengan apa yang mereka lakukan daripada perlakuan homoseksual dan akan tetap menjalani kehidupan sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Kumpulan ini perlu dihadapi dengan menampilkan hujjah yang benar bersandarkan al-Qur'an dan al-Hadith, dapatan kajian terkini dari sudut kesihatan, psikologi dan perubatan dengan pendekatan yang hikmah untuk meyakinkan mereka, bahawa di sana ada pandangan yang berbeza dengan premis pendirian yang mereka yakini selama ini.
Dan saya berkeyakinan, sebahagian besar daripada LGBT Muslim di dalam negara kita berada pada kategori 1 dan 2. Adapun kelompok 3, mereka minoriti namun memanfaatkan media sosial untuk menyuarakan hak mereka supaya diiktiraf.
Justeru, mari kita hulurkan tangan membantu kategori 1 dan 2 yang lebih memerlukan bimbingan dan panduan daripada kita. Kita juga yang dianggap sebagai golongan normal atau heteroseksual (kerana memiliki kertertarikan berlainan jenis), tidak merasakan lebih baik kerana kita juga ada ujiannya yang tersendiri.
Bagi kategori 3, perlu ada medium untuk digerakkan dialog untuk sama sama memahami di hujungnya nanti 'we may have to agree to disagree' berdasarkan ajaran Islam, adat budaya setempat, serta dalam konteks undang-undang negara dan kerangka Perlembagaan Persekutuan.

0 comments:
Catat Ulasan