PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang memberitahu perjumpaan
rakyat Malaysia di Shanghai semalam bahawa parti itu mempunyai peranan
untuk dimainkan dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan negara China di
bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Kerajaan China menjemput DAP melawat Shanghai dan Peking (Beijing)
bagi memperkukuh hubungan antara 2 negara,” katanya, seperti dipetik
oleh gabungan reformasi pilihan raya, Bersih cawangan Shanghai,
penganjur forum bertajuk “Diaspora Malaysia dan Malaysia Baru” di bandar
raya itu.
Lawatannya ke China dibuat sekembalinya Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad daripada lawatan rasminya ke negara Tembok Besar itu
yang mendapat liputan meluas baru-baru ini.
Selain Lim, yang merupakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, turut serta
dalam forum tersebut ialah beberapa orang wakil rakyat DAP lain,
termasuk Chew Chong Sin, Fong Kui Lun, Ngeh Koo Ham, Alice Lau, Khoo
Poay Tiong, Chan Foong Hin, Oscar Ling dan Wong Tack.
Dalam ucapannya Chew menggesa kerajaan PH membentuk sebuah panel khas
untuk menarik rakyat Malaysia yang tinggal di China supaya pulang dan
menyertai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu pembangunan
sebuah “Malaysia baru”.
“Saya berharap kerajaan akan menubuhkan sebuah Panel Harapan untuk
memilih dan membantu calon sesuai, serta memberi insentif dan
menghapuskan sekatan tertentu untuk menggalakkan mereka pulang ke
Malaysia,” katanya.
Forum 3 jam itu, yang membincangkan isu seperti dasar yang
mendiskriminasi, kontroversi sijil UTC dan penangguhan projek mega,
menyaksikan peserta mengutip derma sebanyak RMB18,888 (RM11,354) untuk
Tabung Harapan – tabung yang diwujudkan kerajaan PH bagi membolehkan
orang awam menyumbang ke arah pelunasan hutang negara.
Chew juga berkata, Malaysia dan China kini bergerak ke arah hubungan
yang lebih seimbang berikutan keputusan Putrajaya menangguhkan beberapa
projek infrastruktur dikendalikan beberapa syarikat China.
Kerajaan China sangat memahami bahawa projek tersebut tidak mapan
atau berdaya maju dari segi ekonomi,” katanya seperti dipetik oleh
Bersih Shanghai.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan