Oleh Mohd Sayuti Omar
ADA dua perkara besar yang belum dapat diuruskan oleh kerajaan Harapan
di mana dua perkara ini sangat mendesak dan jika ia tidak diberi fokus
ianya bakal menyusahkan usaha untuk membina Malaysia baharu yang
diimpi-impikan.
Pertama, mewujudkan media massa arus perdana baik elektronik atau cetak
untuk menjadi agen penyampai maklumat dan jambatan pentambung kerajaan
dengan rakyat sekaligus menjadi propagandis kepada kerajaan Harapan.
Walau negara kini mempunyai dua media arus perdana berbahasa Melayu, Utusan Malaysia dan Berita Harian
serta media elektronik TV3, tetapi media itu gagal untuk menjadi media
arus perdana apa lagi bertindak menjadi propagandis kepada kerajaan
Harapan. Media berkenaan masih berfungsi menjadi media massa yang
mendukung kerajaan dahulu dengan menggunakan kebebasan yang dikecapi
kini.
Kerajaan tidak pun memberi apa-apa isyarat agar media
berkenaan bergerak mengikut arus seperti mana peranan yang dimainkan
media berkenaan dalam kerajaan terdahulu, ini menjadikan media berkenaan
bergerak bebas tanpa rasa ada sebarang sekatan. Pemberitaan mereka
memual dan mencabar kesabaran kerajaan serta rakyat pendukungnya.
Laporan dibuat oleh media berkenaan masih menampakkan kecenderungan dan
simpatis mereka kepada kerajaan terdahulu. Apa yang berlaku dan
dilakukan media tersebut berbeza kepada semasa kerajaan kini menjadi
pembangkang dahulu dengan bekas kerajaan dahulu menjadi pembangkang
kini.
Suasana ini tidak kondusif kepada kerajaan kini yang memerlukan alat
untuk menyampaikan dasar dan polisi baharu mereka sesuai dengan aspirasi
rakyat. Ketiadaan alat ini boleh membantutkan usaha murni kerajaan.
Justeru kerajaan perlu membentuk media massa arus perdananya sendiri
sama ada cuba menguasai saham milik individu atau entiti menguasai media
massa berkenaan atau pun menubuhkan media massa baharu. Atau pun
sekiranya kerajaan tidak ada kewangan dalam mewujudkan media massa arus
perdana mereka, mungkin penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) yang
dirancang sejak lama dahulu boleh disegerakan.
Dengan adanya MMM ia dapat mengawal media massa bersikap adil, terbuka
dan penuh profesionalisme yang boleh membantu kerajaan mencapai hasrat
dan tujuannya.
Perkara kedua pengemasan agensi-agensi kerajaan. Masih banyak agensi
kerajaan dibawah kementerian dilihat masih longgar dan menjadikan agensi
berkenaan belum mantap sebagai agensi kerajaan sepatutnya. Kerajaan
harus mengenal pasti mana-mana agensi disetiap kementerian yang lemah
atau masih longgar agar diperkemaskan segera bagi menjamin agenda
kerajaan dipenuhi.
Terdapat beberapa agensi tidak menunjukkan komitmen tinggi kepada
kerajaan kerana ia masih diterajui oleh "oknum" (individu atau kumpulan)
yang simpati dengan kerajaan dahulu. Terdapat jelas ketua-ketua agensi
enggan mematuhi atau memenuhi kehendak kerajaan. Setengahnya hadir ke
pejabat ala kadar sahaja tanpa menunjukkan sikap sedia untuk bersama
kerajaan. Sikap mereka memerhati dan tidak mahu memberi idea satu sikap
tidak membantu kerajaan dan boleh dianggap mensebotaj kerajaan.
Mana-mana ketua agensi yang gagal menunjukkan kerjasama baik, apa lagi
yang masih bersimpati dengan kerajaan dahulu sehingga menyebabkan agensi
di bawah seliaan mereka kaku tidak menunjukkan semangat Malaysia Baharu
perlu diambil tindakan segera tanpa banyak berkompromi.
Janji kerajaan untuk tidak menempatkan aktivis — orang parti politik
dalam badan-badan tertentu, mengawasi agensi kerajaan atau syarikat
berasaskan kerajaan ia baik, tetapi apabila badan itu gagal berfungsi
merealisasikan hasrat kerajaan itu perlu diubah.
Apa yang penting ialah segala dasar dan polisi kerajaan berjalan secara
berkesan. Tidak ada makna kerajaan memberi kebebasan bersuara, atau
tidak mencampurkan urusan pentadbiran dengan politik, kalau ia jelas
merugikan kerajaan kerana cara itu mengsia-siakan mandat yang diberi
rakyat.
Perubahan dan pembaharuan yang hendak dipraktikkan kerajaan terutamanya,
tidak mahu mencampurkan politik dengan pentadbiran — kuasa awam, harus
dipantau agar ia berkesan dan bukan retorik. Apa dibimbangi sikap yang
baik dan demokratik itu jangan sampai memakan diri sendiri
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan