LGBT: Dr Asri ajak dialog, Siti Kasim kata ‘siapalah saya’

KUALA LUMPUR, 10 Ogos ― Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak Siti Kasim berdialog mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender (LGBT).

Menempelak aktivis tersebut, mufti Perlis menganggap peguam itu berbuat “bising lagi” dengan “cara bahasa dan gaya” yang tidak “matang” di akaun Facebooknya hari ini.

“Sangat janggal. Bimbang jika watak seperti itu dilihat oleh anak-anak kita yang masih mentah”.
Sempena semangat Malaysia baru, beliau berharap ada pihak berminat menganjurkannya, jika tidak, pihaknya sedia mengambil tangggungjawab itu.

“Saya percaya, terdapat ramai tokoh ataupun aktivis masyarakat yang boleh dipilih untuk mewakili suara majoriti rakyat yang tidak menerima LGBT,” katanya.

Siti Kasim, nama sebenar Siti Zabedah Kassim, enggan mengulas tawaran itu tetapi menekankan haknya untuk menyuarakan kebimbangan berkaitan situasi negara, lapor Free Malaysia Today.

“Hakikatnya, tiada apa yang perlu dijadikan isu besar. Siapalah saya? Saya tiada pengaruh dalam membuat polisi. Saya tiada pengaruh dalam apa-apa pun.

“Saya hanya Siti Kasim yang berani menjelaskan visi dan pandangan saya mengenai keadaan Malaysia dan bagaimana saya melihatnya?” katanya.

Sebelum ini, ada dialog antara mereka dicadangkan pada Jun lalu berkaitan isu Islam tetapi rancangan tersebut tidak diteruskan.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan