Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong
menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH) daripada DAP,
Wong Siew Ki dan calon MCA, Tan Chee Teong, yang pertama kali
menggunakan simbol sendiri.
Perkara tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Balakong Datuk
Rosli Othman di pusat penamaaan calon di Dewan Utama Demesne, Pejabat
Daerah dan Tanah Hulu Langat di sini hari ini.
Chee Teong menyerahkan kertas pencalonannya pada pukul 9.06 pagi
manakala Siew Ki yang juga Naib Ketua Wanita DAP Bahagian Serdang pada
pukul 9.13 pagi.
PRK Balakong bakal menyaksikan buat pertama kalinya logo PH digunakan.
PRK Balakong akan diadakan pada 8 September ini berikutan kematian
penyandangnya, Ng Tien Chee akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya
Grand Saga, Cheras pada 20 Julai lalu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Tien Chee yang mewakili DAP menewaskan
dua pesaingnya iaitu calon Barisan Nasional (BN) Lim Chin Wah dan calon
Pas, Mohamad Ibrahim Ghazali dengan majoriti 35,538 undi.
Kerusi DUN Balakong kosong apabila penyandangnya, Eddie Ng, meninggal
dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lalu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan