Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun N.32 Seri Setia akan menyaksikan
pertandingan dua penjuru antara calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar
dengan calon Pas Dr Halimah Ali.
Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil N32 yang diadakan di Dewan
Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya sudah ditutup jam 10.00 pagi ini
sejak dibuka pada jam 9.00 pagi tadi.
Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus SPR bagi PRK Dun Seri Setia Datuk Mohd Azizi Mohd Zain sebentar tadi.
Tuut kelihatan ketika ini Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden
PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang baru hadir memasuki dewan
untuk bertemu calon-calon sebentar tadi.
Calon PKR turut diiringi pimpinan tertinggi PKR antaranya Timbalan
.Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Menteri Besar Selangor
Amiruddin Saari dan beberapa pimpinan tertinggi daripada AMANAH yang
turut hadir Adun Seri Serdang Dr Mariah Mahmood, Adun Sepang Mohamad
Hanipa Maidin dan beberapa kepimpinan pertengahan di kalangan Bersatu
dan DAP yang mengiringi calon ke pusat penamaan calon.
Halimey hadir bersama dua wakil, Pencadang Ridzuan Ahmad danl
Penyokong Mohd Yusop Mohd Amin unuk menyerahkan borang pencalonannya
kepada Datuk Mohd Azizi pada jam 9.10 pagi tadi.
Manakala calon Pas Dr Halimah hadir bersama wakil Pencadang Aasirah
Mat Hadi dan wakil Penyokong Zulkifli Mohamad menyerahkan borang
pencalonan pada jam 9.12 pagi tadi.
Hujan lebat yang turut sejak jam 8 pagi tadi dan masih lebat ketika
ini menyukarkan pegawai SPR untuk mengumumkan secara rasmi nama-nama
calon yang bertanding pada PRK Dun Seri Setia.
Penyokong kedua parti setia menunggu pengumuman rasmi SPR tanpa berganjak yang berada di luar dewan sejak jam 7 pagi tadi.
Dr Halimah hadir bersama kepimpinan tertinggi Pas di peringkat pusat
dan negeri juga pemimpin utama dari Umno turut kelihatan antaranya
Ketua Penerangan Umno Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua
PergerakanWanita Umno Datuk Dr Noraini Ahmad.
Calon Harapan Halimey ketika ditemui berkata, Dun Seri Setia perlu
diberikan tumpuan yang lebih kepada permasalahan infrastruktur terutama
membabitkan perumahan kos rendah sekiranya beliau terpilih sebagai wakil
rakyat di kawasan itu.
“Kawasan Dun Seri Setia banyak kawasan pangsapuri kos rendah saya akan dahulukan permasalah di sini.
“Antara perkara lain untuk membaik pulih kerosakan infrastrukur
membabitkan PPR di kawasan Lembah Subang dan Desa Mentara,” ujarnya
kepada media selepas diumumkan sebagai calon hari ini.
Manakala Dr Halimah Ali pula berkata, beliau mahu pengundi di Dun
Seri Setia keluar mengundi beramai-ramai bagi memastikan suara
pembangkang kuat di negeri Selangor.
” Tidak kira anda penyokong parti mana keluarlah beramai-ramai pada
hari mengundi. Kita mahu suara pembangkang kuat di negeri Selangor,”
ujarnya.
Pada PRU14 lalu Pas hanya memperoleh 1 kerusi dan BN 4 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan