25 tahun lagi Umno belum tentu bangkit, kata Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR,  Umno akan mengambil masa yang lama untuk kembali berkuasa dan harapan  untuk bangkit tipis, kata Datuk Ibrahim Ali.

Pengasas Perkasa berkata sejarah membuktikan banyak parti yang lama berkuasa di dunia tumbang dan Umno yang berusia 63 tahun mengikut jejak itu.

“Umno ini parti yang paling tua dalam dunia. Sama macam umur wafat Nabi Muhammad. Saya percaya Umno sudah tidak boleh bangkit.

“Parti ini akan mengambil masa yang lama untuk bangun. Minimum 25 tahun. Contoh Umno kalah di Selangor pada 2008, 2013 jumlah kerusi makin menurun.

“Pilihan raya baru-baru ini tinggal empat kerusi sahaja selepas 15 tahun. Jadi 25 tahun pun belum tentu lagi. Itu bermakna tiada harapan,” katanya

Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mencipta sejarah apabila Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh majoriti di Dewan Rakyat.

Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk kerajaan dengan gabungan empat parti utama.

Ibrahim berkata tiada jaminan Umno pimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kembali berkuasa pada masa depan, malah pemimpin seperti Zahid dan Khairy Jamaluddin tidak mampu memenangi hati orang Melayu.

“Kalau ada pemimpin yang begitu, Umno tidak patut kalah. Khairy ketua pemuda, beliau dipuja hebat tetapi Umno kalah. Bila Umno kalah, beliau tidak ke mana.

“Saya kalah sebab saya tiada parti. Saya Bebas dan berseorangan. Beliau ada parti, ketua pemuda dan menteri,” katanya.

Tewas kerusi parlimen Pasir Mas dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong di Kelantan dengan hilang deposit, bekas timbalan menteri berkata tiada penyesalan atas kekalahannya kepada wakil kerajaan.

“Saya pun tahu tidak mudah untuk menang. Saya wakil Bebas lawan BN, PAS dan PH. Tiga lawan saya seorang, tetapi saya dapat undi nombor tiga.

“Saya rasa bangga sebab saya tidak jual maruah, saya berdiri sendiri. Kalah tidak menjadi masalah. Masuk politik ini perlu menang saja ke?” soalnya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan