Anwar-Azmin gandingan terbaik, kata Zuraida

BUTTERWORTH: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengingatkan ahli parti di negeri ini memilih pemimpin dengan tepat dan mempunyai rekod pencapaian baik bagi meneruskan kelangsungan parti berkenaan, pada pemilihan PKR kali ini.

Mengambil Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai contoh, beliau berkata pemimpin itu mempunyai rekod pencapaian yang baik kerana memegang jawatan sebagai timbalan presiden parti sehingga 4 penggal selain menjadi menteri besar Selangor selama 4 tahun.

“Kita kena buat kerja gunakan kematangan kita pada pemilihan parti kali ini kerana ia penting. Kalau kita tidak matang memilih kepimpinan pada pemilihan parti kali ini, maka pengurusan parti akan terjejas.

“Kita kena pilih satu ‘pasukan’ yang bersatu padu, satu ‘pasukan’ boleh buat kerja sebagai satu pasukan kerana kalau kita tidak memilih mereka sebagai satu pasukan setiap keputusan kita akan berpecah, bila berpecah mana mungkin kita hendak menggerakkan agenda, hala tuju dan aktiviti parti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Yang Berhormat Zuraida Kamaruddin, malam tadi.

Zuraida yang juga calon bagi naib presiden PKR berkata gandingan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin adalah yang terbaik dalam usaha menstabil, mengukuh dan memantapkan parti bagi tempoh 3 tahun akan datang.

“Inilah yang kita hendak agar PKR terus disegani kawan, parti DAP, Amanah dan PPBM serta digeruni Barisan Nasional-UMNO.

“Inilah pemimpin kita nak, dan yang terbaik bantu Anwar melaksanakan agenda reformasi adalah Datuk Seri Azmin Ali… sudah tentu lebih sempurna lagi pasukan Anwar dan Azmin dilengkapkan dengan Zuraida Kamaruddin calon nombor 3 bagi naib presiden PKR bersama barisan exco lain,” katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan