Oleh Mohd Sayuti Omar
Cara Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly Ahmad
melayan pertanyaan (perangkap) wartawan berhubung kehadiran pegawainya
(doktor) bagi memastikan tahap kesihatan dua pesalah menurut hukum
syarie Terengganu yang dijatuhi hukum sebat enam rotan hendaklah
dicontohinya.
Beliau tidak segera menjawab pertanyaan wartawan
itu sebaliknya memberi masa khusus untuk menjelaskan mengikut peraturan
atau bidang kuasa kementerianya. Cara Dr Dzulkifly itu tidak gopoh dan
berhati-hati memberi reaksi segera terhadap isu yang boleh jadi sensitif itu.
Begitulah hendaknya menteri atau individu lain yang memiliki kuasa dan
autoriti dalam memberi respon kepada pertanyaan awam dan wartawan
berkaitan isu-isu semasa.
Apabila kita mengambil masa, bertenang untuk
menjawab maka tidak akan berlakulah kesalahan yang kemudian mengelirukan
umum dan terpaksa pula diralat sehingga menjejaskan reputasi kita
sebagai orang berautoriti.
Syabas kepada Menteri Kesihatan sekali lagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan