Dedah dokumen sumbangan Arab Saudi timbul keraguan, bermain persepsi rakyat, kata Ezam

Pengerusi Hisbah Centre For Reform Malaysia (Hisbah) Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, keadilan dan kebenaran harus dicari dengan pendedahan beberapa dokumen dakwaan menerima sumbangan daripada Raja Abdullah Abdulaziz seperti di dedahkan Datuk Seri Mohd Najib Razak di laman facebooknya pada Isnin.

Beliau berkata, dengan pendedahan beberapa dokumen yang menunjukkan urusan itu dilakukan antara Najib dan bekas Raja Arab Saudi itu, menimbulkan keraguan setelah sekian lama isu derma itu tidak pernah dijawab atau didedahkan secara terbuka.

“Keadilan dan kebenaran harus dicari didalam ruang yang wajar.Mengapa beliau (Najib) tidak menggunakan ruang-ruang itu sebelum ini.

“Ruang pertama..Mahkamah dengan menyaman WSJ (Wall Street Journal) sebuah akhbar berdaftar yang secara terbuka membuat dakwaaan terhadap Najib.

“Ruang kedua..kabinet Malaysia. Ini kerana sebagai perdana menteri ketika itu mengapa tidak guna ruang ini menjawab persoalan ahli kabinet lain seperti persoalan yang ditumbulkan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal?

“Ruang ketiga secara langsung dalam perbahasan Parlimen atau menerusi siasatan PAC mengenai 1MDB.

“Ruang ke 4 pada PRU 14 adalah ruang pemimpin diadili oleh rakyat.mengapa tidak menampilkan semua ini semasa kempen pilihan raya?,” soalnya

Beliau diminta mengulas mengenai pendedahan bekas perdana menteri itu di laman facebooknya memuat naik tiga dokumen daripada Almarhum Raja Abdullah, salah satunya tertera perkataan ‘Recognition of Contribution to the Islamic World’ (pengiktirafan sumbangan kepada dunia Islam) bertarikh 1 Februari 2011.

Dua lagi dokumen adalah penyata transaksi kewangan yang diterima bertarikh 24 Februari 2011 dan 25 November tahun yang sama.

Najib dalam kenyataannya menerusi Facebook dipetik berkata, pendedahan dibuat bagi membersihkan namanya daripada pelbagai tuduhan dan fitnah.

Katanya, beliau bersama peguam mengambil masa agak lama bagi mendapatkan semula penyata daripada bank dan dokumen berkenaan hanya bagi sumbangan diterima pada 2011.

Ezam yang juga bekas Senator berkata, sewajarnya semua ruang yang disebutkan itu digunakan Najib untuk mempertahankan dirinya di atas kebenaran yang selama ini, beliau yakini tidak melakukan sebarang kesalahan di atas dakwaan dibuat ke atasnya oleh pimpinan pembangkang sebelum PRU14, ketika BN masih berkuasa.

“Kesemua ruang-ruang yang utama ini tidak digunakan tiba-tiba beliau hanya menggunakan ruang di FB dan hanya tampilkan beberapa bukti yang tidak menyeluruh dan belum tentu kesahihannya.
“Tentulah ianya gagal menyakinkan dan kita punya alasan untuk mempercayai ianya hanya gimik untuk bermain persepsi rakyat terhadapnya,” ujarnya.











Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan