Denda, penjara; Kelantan belum sebat pesalah lesbian

KUALA LUMPUR,  — Kelantan masih belum mengenakan hukuman sebat ke atas pesalah lesbian di negeri itu.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berkata buat masa ini hukuman denda atau penjara dikenakan bagi wanita yang melakukan hubungan sejenis, lapor Harian Metro.

“JAHEAIK tidak menolak kemungkinan terdapat pasangan lesbian di negeri ini tetapi ‘perbuatan’ atau ‘perhubungan’ itu diadakan secara sembunyi.

“Golongan ini sudah lama wujud, mereka memilih untuk tidak mendedahkan hubungan kerana bimbang dihidu pihak berkuasa agama negeri.

“Oleh sebab ini, mereka sukar dikesan pihak berkuasa negeri termasuk JAHEAIK,” kata Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

Seksyen 15 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 memperuntukan seseorang perempuan yang dengan sengaja melakukan musahaqah dengan perempuan lain, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi empat bulan atau kedua-duanya.

Kelantan dilaporkan sudah membuat pindaan kepada enakmen itu bagi memasukkan hukuman sebat ke atas pesalah lesbian.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan