Kes lesbian: Islam nampak ‘buruk’ jika sebat tanpa kefahaman

KUALA LUMPUR,  — Sebatan di depan khalayak kes pasangan lesbian di mahkamah Terengganu boleh memberi “tanggapan buruk pada Islam”.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar juga menyatakan ia dibuat “tanpa melalui proses dan kefahaman betul serta tanpa belas kasihan”.

“Ia salah dan kita sewajarnya bertindak dengan lebih baik lagi,” coret ahli parlimen itu di Twitter malam tadi.

Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengulang kenyataan bapanya, ketua umum PKR, berhubung hukuman pada Isnin yang dipertikai ramai.

Dalam kenyataannya, Anwar mengingatkan isu ini perlu ditangani dengan hati-hati agar pengkritik tidak dianggap anti-Islam.

Pasangan itu, 22 dan 32 tahun, di depan 100 orang di ruang mahkamah setelah mengaku bersalah cuba melakukan hubungan seks di dalam kereta.

Hukuman yang dilaksanakan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, dengan bantuan Jabatan Penjara, yang pertama seumpamanya di negeri itu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan