Sebelum ini PAS berkata akan menghantar wakil ke Perhimpunan Agung
Umno (PAU) 2018, selepas barisan pemimpin tertinggi Umno ke muktamar
parti itu di Kuala Terengganu awal bulan ini.
Hari ini kemesraan antara dua parti itu sekali lagi terpancar apabila
Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Wanita parti itu
Dr Nuridah Mohd Salleh membalas kunjungan apabila hadir di persidangan
Pemuda dan Wanita Umno di PWTC, Kuala Lumpur.
Muhammad Khalil menerima sambutan hangat sebaik ketibaan di Dewan Tun
Dr Ismail. Malah setiap kali namanya disebut akan disusuli sorakan para
perwakilan.
Begitu juga dengan Nuridah apabila ramai perwakilan Wanita berjabat
tangan dengannya sebaik tiba di Dewan Merdeka kira-kira pukul 8.15 pagi
tadi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan