Musa Aman tinggalkan Sabah, dipercayai kembali ke KL

KOTA KINABALU,— Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman malam tadi berlepas dari Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dipercayai untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Pesawat khas yang membawa Musa berlepas dari KKIA kira-kira jam 10 malam.

Antara penyokong Musa yang turut menghantar beliau di lapangan terbang ialah bekas Anggota Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Gulam Haidar Khan, dan bekas ADUN Kunak Datuk Nilwan Kabang.

Difahamkan Musa akan menjalani rawatan perubatan lanjutan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Musa yang tiba di Sabah tengah hari semalam mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga di hadapan Speaker, Datuk Syed Abas Syed Ali.
Upacara angkat sumpah itu selesai pada pukul 3.33 petang.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Musa mengucapkan terima kasih kepada Speaker kerana memberi persetujuan bagi beliau mengangkat sumpah sebagai Adun. ― Bernama
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan