Parti bela Maszlee, UIA perlu ‘perubahan segera, wibawa’

KUALA LUMPUR,  — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tiada masalah Menteri Pendidikan Maszlee Malik dilantik presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Ketua biro strategi parti itu berkata universiti tersebut “memerlukan perubahan segera” dan “pengecualian dibolehkan” walau kerajaan menjanjikan kebebasan akademia dalam manifestonya.

“UIA memerlukan perubahan mendadak, perubahan sebenar, perubahan yang wibawa. Sedikit kekecualian tiada mengapa,” kata Rais Hussin kepada Malay Mail hari ini.

Beliau mengulas kritikan terhadap pelantikan Maszlee, bekas pensyarah UIA, yang dilantik presiden walau sudah memegang jawatan dalam kabinet.

“Maszlee benar-benar mengenali UIA. Beliau itu tindakan peralihan untuk menggerak semual UIA, dengan wibawanya. Letak semula UIA atas landasannya sejajar dengan tujuan dan matlamatnya.”

Rais melihat gandingan menteri itu dengan rektor baru UIA Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak boleh membawa kesan positif.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan