Semua masalah dan kekecohan yang timbul semasa pemilihan pimpinan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah dan Pulau Pinang semalam akan
dibincangkan dengan teliti dalam Mesyuarat Biro Politik parti itu pada
Selasa.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata semua pihak diminta tidak
membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
“Kita akan bincangkan secara serius maklumat balas yang diterima daripada anggota kita… sekarang jangan buat sebarang spekulasi.
“Sebaiknya kita ambil secara ‘bona fide’ iaitu dengan niat dan
pandangan baik,” katanya ketika kepada media selepas merasmikan Pesta
Tanglung dan Jualan Amal anjuran Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri
(Dun) Semambu dan PKR Ranting Setali malam tadi, lapor Bernama.
Majlis turut dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan Pahang Datuk Fauzi
Abdul Rahman dan Pengerusi Pakatan Harapan Indera Mahkota yang juga
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu Lee Chean Chung.
Nurul Izzah mengulas kekecohan yang berlaku semasa pemilihan di beberapa cabang PKR Kedah dan Pulau Pinang semalam.
Kekecohan yang berpunca dari masalah sistem e-undi menyebabkan
pemilihan di Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka yang sepatutnya
berlangsung hari ini ditangguh ke tarikh lain.
Pada masa yang sama keputusan pemilihan di Kedah juga dibatalkan dan akan diadakan semula pada satu tarikh baharu.
Rentetan kekecohan itu polis turut menahan reman 13 lelaki selama
tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pergaduhan ketika
pemilihan PKR Cabang Merbok
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan