Tok Pa tahu apa yang dia buat - Datuk Alwi

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Alwi Che Ahmad yakin keputusan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed melepaskan keahlian dalam UMNO bukan atas sebab peribadi.

Sebaliknya bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengambil tindakan sedemikian demi kepentingan parti.
''Saya yakin dia (Mustapa) tahu apa yang dibuatnya. Dia yang saya kenal adalah seorang yang bijak dan pasti dia ada memikirkan kepentingan parti serta keluarga,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mustapa dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan peletakan sebagai ahli UMNO selepas tidak lagi yakin dengan usaha parti untuk memulihkan defisit kepercayaan.

Selain itu, hala tuju yang diambil UMNO pada masa ini juga tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini dan tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan