DAP perlu mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat dan tidak mengejar
pingat dan darjah kebesaran seperti pemimpin pentadbian BN dahulu,
maklum Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng hari ini.
"DAP tidak mahu dilihat kita menjadi macam BN dulu di mana ada banyak terkejar-kejar nak cari (pingat) Datuk.
"Saya tak jadi Datuk tapi saya telah jadi pemimpin DAP selama ini. Itu mesej yang kita nak sampaikan.
"Kalau kita nak jadi ahli politik wakil rakyat yang berjaya, yang penting ialah kita mesti beri perkhidmatan kepada rakyat.
"Kami amat menghargai pingat yang diberikan tapi saya rasa yang
penting adalah perkhidmatan kepada rakyat dan jangan kita beri apa-apa
gambaran yang dahulu nak rebut untuk pingat.
Pemimpin DAP Sabah ambil pingat
"Saya tak akan sebut lagi. Budaya DAP mesti dikekalkan ini mesej saya
kita mesti kekal budaya nilai kita khidmat untuk rakyat, jangan jadi
pemimpin MCA, penghargaan rakyat adalah lebih penting," katanya di lobi
parlimen hari ini.
Isu mengenai DAP menolak pingat dan darjah kebesaran tercetus minggu
lalu selepas ADUN di Melaka dan Sabah menerima pingat Datuk.
Semalam, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke menegur penerimaan
pingat tersebut membangkitkan sebab yang sama diutarakan Lim hari ini.
Loke berkata anggota DAP boleh menerima penganugerahan pingat dan darjah kebesaran selepas bersara daripada perkhidmatan.
Bagaimanapun, Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong yang merupakan salah
seorang wakil rakyat DAP yang menerima pingat itu dilaporkan FMT enggan memohon maaf kepada parti.
Ketika ditanya jika kenyataan beliau merujuk kepada DAP Sabah, Lim berkata ia ditujukan kepada semua anggota parti.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan