KUALA TERENGGANU, 10 Nov — Ahli parti disarankan mencontohi tentera siber PAS untuk menangkis ‘serangan’ terhadap Putrajaya, kata pengerusi Amanah Terengganu.
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata usaha pembangkang untuk menjatuhkan imej kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah surut, lapor Sinar Harian.
“Malangnya, jentera kita termasuk cybertrooper tidak cukup ramai dan tidak kuat untuk menghadapi serangan itu. Kita wajar belajar daripada PAS,” kata timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.
Katanya Amanah juga perlu mewujudkan jawatan lantikan khusus bagi menangkis dan menjawab fitnah berkaitan agama.
0 comments:
Catat Ulasan