Keputusan kerajaan menaikkan gaji minima kepada RM1100 sepertimana yang dibentangkan dalam Belanjawan 2019, membuktikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedia ada amat prihatin dan senantiasa mendengar keluhan rakyat.
Ia bukan saja memperlihatkan keprihatian kerajaan, sebaliknya menyerlahkan lagi kesungguhan untuk membantu golongan bawahan.
Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar ketika ditemui semasa Konvensyen AMANAH Negeri Kedah kelmarin.
“Tidak dapat dinafikan rakyat mengharapkan kenaikan tersebut sehinggakan mereka memberi sokongan yang besar dalam pilihan raya umum yang lalu.
“Walau bagaimana pun kenaikan gaji minima secara mendadak akan memberi impak yang besar khususnya kepada industri kecil dan sederhana (IKS).
“Ia akan turut melibatkan kenaikan kos serta keupayaan syarikat dan pengusaha IKS juga,”ujarnya.
Sehubungan itu katanya, beberapa kaedah sedang diperincikan secara teliti agar kenaikan gaji minima boleh dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.
Yang pasti katanya, apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan PH kini, menampakkan kesungguhan kearah reformasi yang dijanjikan sebelum ini.
Malah tegasnya lagi, kerajaan PH berharap dapat memberi yang lebih baik daripada apa yang pernah diberikan oleh kerajaan BN terdahulu.
0 comments:
Catat Ulasan