MOA kemuka empat modul baru ganti monopoli beras


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah mengemukakan empat model baharu bagi menggantikan monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas) yang bakal berakhir pada Januari 2021.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata cadangan model itu akan dinilai terlebih dahulu oleh satu jawatankuasa khas dianggotai lapan kementerian yang telah diwujudkan.

“Kami telah kemukakan empat model ini dan terpulang kepada jawatankuasa khas untuk pilih model terbaik dan akhirnya model itu yang akan dibawa kepada jemaah Kabinet untuk diputuskan dan ditentukan sebagai model terakhir,” katanya seperti dilapor Bernama.
Beliau berkata kerajaan juga tidak mahu terburu-buru memperkenalkan model baharu itu bagi menggantikan Bernas kerana ia melibatkan soal keselamatan makanan negara.

“Memandangkan monopoli Bernas akan berakhir 2021, kami ada masa lagi untuk mencari model terbaik,” katanya.

Sebelum ini Salahuddin dilaporkan berkata tiga jawatankuasa khas di bawah kementeriannya telah ditubuhkan dalam usaha kerajaan untuk menunaikan satu daripada janji manifesto Pakatan Harapan bagi menamatkan monopoli Bernas.

Penamatan monopoli Bernas itu juga sebagai langkah proaktif bagi menjamin kestabilan harga beras di samping menjaga kepentingan petani.
https://denyutreformasi.blogspot.com/
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan