Bonus kepada kepada guru Kafa, sekolah agama, tahfiz, bukti keprihatinan kerajaan negeri


Oleh MOHD ALI HASHIM

Pemberian bonus atau imbuhan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada 1,590 penyelia dan guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) sebanyak RM300 pada Disember ini membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap institusi pendidikan Islam tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Shuhada Abdullah, ketika ditemui sebentar tadi.

Jelas beliau lagi, sumbangan sebanyak RM300 setiap orang turut diberikan kepada 270 guru sekolah rendah agama rakyat dan 182 guru sekolah menengah agama rakyat juga menyerlahkan lagi kesungguhan kerajaan negeri.
“Kerajaan negeri juga memberikan sumbangan yang sama kepada 572 guru dan staf pendidikan sekolah persendirian Cina.

“Pengumuman kerajaan negeri bahawa sumbangan imbuhan sebanyak RM200 seorang akan turut diberikan kepada 240 guru tahfiz, guru pondok dan guru tadika Islam adalah satu usaha yang wajar dicontohi oleh negeri-negeri lain.

“Ini memperlihatkan bahawa kerajaan negeri senantiasa peka dan prihatin terhadap semua golongan masyarakat termasuklah dalam usaha untuk memartabatkan institusi pendidikan agama Islam,” ujarnya lagi.

Dalam pembentangan bajet 2019 baru-baru ini, kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM45 juta bagi program i-Sejahtera yang merangkumi pelbagai program kebajikan seperti sumbangan kepada warga emas, anak emas, ibu emas, pelajar emas, orang kurang upaya dan pelbagai program yang lain.

Sejak menerajui kepimpinan kerajaan negeri pada 2008 yang lalu, antara program kebajikan yang turut disediakan adalah sumbangan khairat bagi waris warga emas yang meninggal dunia dengan sumbangan sebanyak RM1,000, sumbangan kepada penarik beca, nelayan, pemandu teksi, operator bas sekolah serta pelbagai lagi skim yang lain.
https://denyutreformasi.blogspot.com/
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan