Ramai ahli, pimpinan Umno mohon sertai Bersatu, kata Marzuki

Ramai ahli Umno dan pimpinan mereka memohon untuk menyertai Bersatu sejak kebelakangan ini.
Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi, Tasek Gelugor sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, setakat ini ramai yang telah mengisi borang permohonan keahlian dan juga telahpun mengambil borang untuk menjadi ahli baharu.
“Pernohonan untuk menyertai Bersatu juga melibatkan pimpinan Umno.

“Ia bukan sahaja bagi Pulau Pinang, termasuk juga seluruh negara.

“Boleh dikatakan penyertaan adalah amat menggalakkan, cumanya kita menanti masa yang sesuai untuk mengumumkannya,” jelas beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Luar Negeri.

Malah ujarnya, kemampuan Bersatu bersama-sama dengan PH menerajui kepimpinan negeri dan juga Putrajaya telah memberi kesan yang amat besar terhadap sokongan yang diterima.

Ketika ditanya mengenai penyertaan Tan Sri Rafidah Aziz pula beliau berkata, sokongan yang ditunjukkannya telah terserlah lebih awal lagi.
“Beliau pernah bersama di atas pentas dengan memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).
“Oleh kerana itu penyertaan beliau amat dialu-alukan serta mampu untuk mencambahkan lagi sokongan.
“Siapa sahaja boleh bersama Bersatu dan PH sekiranya mereka ingin bersama untuk memajukan negeri dan juga negara dengan menentang amalan korup dan rasuah,” tegasnya.

https://denyutreformasi.blogspot.com/
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan