Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
1. Kadang-kadang sukar untuk difahami cara berfikir golongan pentaksub Melayu. Sekali begini, sekali begini. Bagaimana?
2. Begini. Apabila ada orang kata, Melayu lemah, malas, bernafas dengan subsidi, tidak suka befikir, tidak suka bekerja, tidak suka membaca, maka golongan pentaksub Melayu akan marah.
3. Katanya, ini penghinaan kepada Melayu, tak boleh dibiarkan. Melayu
tuan di sini, mengapa begitu teruk Melayu dihina? Ini sudah melampau.
4. Lalu dikata, kalau Melayu bukan begitu, tidak lemah dan tidak malas, Melayu pembayar cukai terbesar, biarlah Melayu bersaing secara terbuka dengan kaum lain.
5. Berilah keadilan untuk semua kaum, berilah kebebasan [tentunya dalam kerangka perlembagaan] supaya semua rakyat Malaysia mendapat peluang yang sama secara adil.
6. Pentaksub Melayu balas balik, mana boleh begitu. Orang Melayu mesti dibela, mereka masih ketinggalan walaupun jadi tuan. Jika Melayu tidak dibela, macam mana mereka nak maju dan bersaing?
7. Janganlah tindas Melayu. Jika kita tak bela Melayu, kerajaan tak bela Melayu, macam mana Melayu nak hidup dan bersaing. Melayu masih lemah dan perlu dibela.
8. Apabila dikata Melayu lemah, pentaksub Melayu marah sebab kononnya hina Melayu.
9. Apabila diajak Melayu bersaing secara terbuka dengan kaum lain, kamu kata Melayu lemah dan perlu dibantu.
10. Aku fikir, burung ciak rumah yang setiap pagi berkumpul depan rumah aku makan beras yang bini aku tabur pun pening dengan cara berfikir pentaksub Melayu tadi.
11. Pentaksub Melayu [terutama pentaksub Melayu daripada parti berlabel agama] seronok mainkan isu Melayu sebab nak himpun orang untuk tadah tin milo saja.
12. Setara itulah otak pentaksub Melayu.

0 comments:
Catat Ulasan