Sungguh simplistik kenyataan dan pandangan seorang lagi menteri di JPM Mujahid Yusuf berhubung kenyataan rakannya Waytha Moorthy yang memburukkan umat Islam negara ini.
Kerana kenyataan Wathya Moorthy itu dibuat 10 tahun lalu dan ia adalah pandangan bersifat periibadi maka kata Mujahid ia tidak perlu dipedulikan. “Kenapa kita harus dibebani dengan kenyataan peribadinya,” begitu kata Mujahid.
Ah, senang cara Mujahid membuang kekecuhan disebabkan oleh “kebecuhan”
rakannya itu. Tidak semua bersifat peribadi itu dibiarkan kepada
individu berkenaan tanpa dibimbangi. Anda menteri agama.
Sama ada kenyataan itu sebelum Waytha menyertai kabinet atau sesudah, beliau harus bertanggungjawab dengan apa yang ditularkan.
Sebaik-baiknya Waytha Moorthya perlu memohon maaf atas kenyataanya yang bersifat propaganda ketika itu.
Dan sebaik-baiknya apabila dia menyedari dia menjadi punca, memberi masalah kepada kerajaan PH beliau perlu secara terhormat mengundurkan diri, walaupun tindakan itu tidak akan menutup isu ini. Trims.

0 comments:
Catat Ulasan